ASSALAMUALAIKUM...
DAH beli kasut raya? Seingat Sk masa kecil-kecil dulu waktu yang paling dinanti-nantikan adalah bila nak pergi beli kasut raya. Sebab baju raya kami adik beradik dijahit sendiri oleh ibu. Jadi, memang dah nampaklah depan mata baju raya boria tu, hihihi. Kenapa boria? Sebab kami adik beradik mesti pakai sedondon. Memang dah menjadi 'trend' orang Johor, gitewww.
Biasanya abah membawa kami membeli kasut raya di saat akhir. Petang raya atau malam raya barulah dapat beli kasut baru. Maklumlah, kami bukannya orang senang, kan. jadi kenalah dulukan yang penting-penting dulu. Bila dah beli akhir waktu tu memang jaranglah nak jumpa kasut idaman. Kebanyakan kasut yang cantik dah tak ada saiz kami, hihi. Tapi Sk masih nasib baik lagilah, kaki Sk ni jenis halus runcing jadi masih senang dapat kasut-kasut stail Cinderella :))))
Bila dah balik rumah, wahhhh.. masing-masing sibuk berjalan kucing dengan kasut baru. Dari depan pintu sampai tengah rumah. keletak.. keletuk.. keletak.. keletuk. Kakak Sk lagi kelakar, siap pakai baju raya sekali. Penat 'cat walk' tertidur atas kerusi sampai pagi dengan baju dan kasut raya sekali, hihihi.
Bila meningkat remaja, dah mula bekerja, tak payah tunggu hari raya untuk beli kasut. Peliknya dulu-dulu walaupun pergi kerja atau berjalan cuma naik turun bas, bolehlah pulak pakai kasut tinggi 3". Tumit runcing yang kalau baling anjing memang anjing mati.. hihi. Sekarang ni, walaupun naik kereta dari depan pintu pagar rumah sampai turun kereta dah jumpa tangga pejabat dah tak larat lagi pakai kasut tinggi. Sk lebih senang guna kasut bertutup yang bertapak rata. Kaki Sk ni jenis tak sesuai pakai jenis terbuka almaklumlah, jari jejari runcing.. huhu. Ya, kaki Sk memang macam dah tak padan dengan badan. Sebab tu kalau bangun pagi rasa sengal dah tumit ni tak larat menampung badan, adeh!
Oh, ya! Ini adalah kasut buatan tangan (ada ke kasut buat dengan kaki???) yang dibelikan ER semasa lawatan media ke Pontianak, Indonesia baru-baru ini. Kalau nak tahu, Indonesia adalah sebuah negara yang agak kreatif dalam industri kasut. Setiap kali ke mana-mana destinasi Indonesia, adalah wajib bagi Sk membeli kasut, hihi. Awal-awal lagi Sk dah pesan dengan ER supaya belikan Sk kasut. Jadi, inilah kasut raya Sk tahun ni, kasut buatan tangan dari Pontianak. Bukan pontianak yang buat tau! Kalau Cik Pon yang buat, tak rela Sk pakai, huhuhu.
Terima kasih pakcik, muahhhhhh!!
Wah! Cantiklah kasut rayakak SK
ReplyDeleteSaya peminat kasut. Tak perlu tunggu raya pun. Rasa nak tukar, rasa ada duit lebih kompom beli kasut. Tapi.... ya, dah tak daya nak pakai yg tumit runcing macam zaman muda dulu. Skang ni beli wedges jer!
ReplyDeleteWah, pandainyaa cik abang tu belikan kasut.... Saiz pula dengan kaki akak yer.... Kadang2 kan saiz berbeza2...
ReplyDelete