TAHU dahhhhh.. mesti anda tunggu Diari Ramadhan 10, Sk semalam kan?? Hah, tak tunggu?? Tak heran pun??? Sampai hati ya.. majuklahhhh!!
Siapa yang ikut drama bersiri Samarinda ekslusif sempena Ramadhan tahun ini? Akhirnya setelah begitu lama tidak mengendahkan slot ini (sebab lebih panjang iklan dari cerita Sk rasa) Sk terjebak jua selepas tertonton episod kedua 'Ramadhan Jangan Pergi'. Pukul 10 dah
Alahai.. kelakar betul kawan-kawan fb Sk ni tau...
Dua hari berturut-turut.. dari waktu berbuka sampai waktu bersahur.. berbuka dan bersahur kembali dengan Ayam Kuzi dan Sayur Sawi Jepun atau Pak Choy. Dua hari berturut juga (Ramadhan 10 & Ramadhan 11) kami hanya berbuka dua beranak dan malam ini pun nampaknya Sk masih lagi berbuka bersama Iman sahaja. Iman memang tak cerewet dengan apa yang Sk masak asalkan berkuah. Ulanglah berapa kali lauk tu, kalau sedap di tekaknya memang dia tak membantah. Syukurrrrr ada anak yang baik macam ni.
Waktu bersahur tu, ER tanya, "Ayam Percik ke ni?"
"Ya, ayam percik..," Hehehehe.. malas nak layan di saat mengantuk.
"Laju babah makan bila bonda kata ayam percik," cerita Iman. Kah kah kah... nanti raya mintak maaf.
Bahan-bahan :
Seekor ayam dipotong doblas
Sepeket rempah premix Kuzi Nurani Spices
200 ml air
200 ml susu sejat
segenggam kismis
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Kacau rata rempah kuzi bersama 200 ml air.
3. Tumis rempah sehingga pecah minyak dan pekat dengan api kecil.
4. Masukkan susu sejat, kacau sentiasa hingga mendidih. Api sederhana.
5. Masukkan ayam, kacau sekejap. Tutup kuali.
6. Kacau sekali sekala.
7. Masak sehingga kuah pekat dan agak kering. Kalau suka kuah banyak, tak perlu masak sampai kering. Pastikan ayam masak, bolehlah ditutup apinya.
Senang
Ingin mendapatkan rempah ini? Hubungi Ann Norwani 0127815546.
Pak Choy Sos Tiram
Bahan-bahan :
3- 4 pokok Pak Choy
1/2 labu bawang bombay hiris
3 sb sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
Tumis bawang bombay.. sampai garing. masukkan Pak Choy. Kacau rata dan masukkan sos tiram. kacau sekejap, siapppp!!
p/s ... petang ni rasa malas nak masak.. nak buka apa ek???
Sakit pulak hati tgk Johan, mak dia & Gf dia tu...takde lah follow tapi bila sesekali tgok tu...rasa nk hempuk je tv tu..hehe
ReplyDeleteKak...saya x pernah tengok lagi cerita nie. Terasa macam nak tengok la pula.....
ReplyDeleteSedapnya nampak kuzi tu. Saya pernah makan kuzi kambing boss saya masak, dan saya belum pernah makan kuzi yang sesedap dia masak lagi. Nak masak sendiri, saya x pandai....huhuhuhu
Saya x follow mana2 cerita pun.. Tp mcm tau je semua cerita dek penangan status kawan2 FB.. Hehe
ReplyDelete