Sambungan... MUNDUK... TAKDIR YANG TERTULIS
MENGGEGEL kepala lutut bila melangkah titian dari pelantar ke sampan. Hah, nak pergi sangat, kan.. Haaa.. siapa-siapa yang biasa baca blog Sk tentu tahu tahap kegayatan Sk ni. Rasa macam tak seimbang jer sampan tu tau. Tu pun kami cuma bertujuh termasuk pengemudi sampan tu. Kalau google gambar-gambar lama penuh sampan setiap kali nak ke Munduk. Yang tu tak boleh terbayanglah macam mana.. dengan barang-barang lagikan.. huhu.
Sebaik mendarat, memang terus masuk ke tempat jualan. Kami bersalam-salaman dengan suami isteri yang telah berjaya memujuk ER naik sampan tadi, hihi. Sk terus menuju ke sebuah kedai pakaian dan tertariklah jugak dengan sehelai dress labuh yang tergantung di patung. Sk tanya harga, "RM35" Tokojut Sk tau. Sebab Sk biasa jumpa dress labuh macam tu paling murah pun RM60. Tapi, apa yang Sk perasanlah di sini.. kalau kita tanya harga, harga yang disebut tu memang jauh lebih murah dari tempat kita, sampai separuh harga tapi kita tak boleh nak tawar banyak.
Sk cuma meninjau-ninjau sebab macam tempat yang Sk pergi sebelum nipun, kebanyakannya menjual jenis pakaian yang sama sahaja. Tudung??? Sk tak pakai tudung bertingkek-tingkek. Puas jugaklah berkeliling mencari shawl tapi macam tak jumpa pulak. Yang penting masa tu, tekak nikan.. tekak ni teringinnnnn sangat nak makan Mee Celup Original Siam yang Ziela cerita tu tapi Sk tak ingat langsung kat belah mana. Lalu Sk pun bertanya pekedai baju tadi.
Dia menunjukkan arah ke gerai tersebut. Kami menyusur di celah gerai dan tembus ke kawasan perkampungan moden Munduk. Taklah moden sangat dan taklah mundur kan. Tapi memang ada rumah agam dan rumah papan yang ketinggalan. macam tak seimbang jerkan. tapi itulah Munduk.
Lepas tukan, Sk nampak seorang kombat berdiri dengan senjata di tepi jalan. Alamak!! Sk terberhenti melangkah. ER pun.. hahahaha. Sk nampak ada satu kedai macam menjaja makanan di sebelah sana, tapi ada kombat kat situ. Kenapa Sk sebut kombat... sebab dia pakai helmet macam selalu kita tengok cerita-cerita perang lama-lama tu, huhuhu. Sk ngan ER dah huru hara sekejap dekat situ. Iman pun macam dah cuak semacam. Terus teringat berita-berita tentang pergolakan yang berlaku sebelum nikan.. lagilah Sk serammm.
Kami tak jadi pergi kedai depan tu. Berundur sikit sambil jeling abang kombat. Dia pun jeling kat kami la. Matilah kalau dia suruh tunjuk pasport, hoho. Depan kombat tu berdiri ada warung bertulisan Thai tapi macam warung kopi pakcik-pakcik ajer. Errr.. cemana ni. Mee Celup tetap menjadi pujaan.
Kami buat-buat masuk ke kedai menjual jersi. Buat-buat belek jersi sambil jeling Abang Kombat. Matanya meliar mengawasi suasana dalam pekan. Sk terus terlintas nak tanya dengan pekedai jersi tu, kat mana nak makan mee celup. Dia terus tunjukkan arah kedai yang Sk cakap tadi. Jadi, memang betullah kat situ.
Kami cepat-cepat bergerak menghala ke kedai tu. Dalam hati janganlah kombat tu kejar, kan. Makin dekat makin jelas kedai Mee Celup. Makin hampir hati makin berbunga-bunga. Cepat-cepat ambil tempat duduk yang kosong di luar kedai. Seorang wanita bertudung sedang sibuk menyiapkan mee dalam mangkuk. Dia tersenyum memandang Sk. Sk pun mintaklah mee celup.. makan situ.
Tak toleh kiri kanan, dengan lafaz Bismillah, kami menyudu sup ke dalam mulut. "Ya Allah, sedapnya... ini betul-betul ori baaaaaahhh," Alamak, sambil tulis nipun telan-telan ailio. Tak batal posa kan.. kan...
Oooo... anda pun telan-telan ailio ke?? Alamak... maaf ya... huhuhu. Bila dah balik, baca balik entry Ziela, rupanya Ziela makan mee celup tebing sungai, bukan tempat yang Sk makan ni. jadi ada sikit ralat di situ :((
Rupanya di sini tiada dijual air yang sedap-sedap ya. Hanya sebiji jag plastik berisi air masak sahaja diletakkan di situ. Nanti, dia bagi kita gelas plastik yang berisi ais sahaja dan minumlah air tu berapa banyak pun yang nak. Sk minum banyak air, pertama sebab haus, kedua sebab pedas... hehehehe.
Yang pasti Sk sangat sangatlah... bahagiaaaaaaaaa :)))))
pssstt.. nampak cam samseng, kan.. |
nyum2...wowwwww
ReplyDeleteWaaa...rindu Mundukk...rindu Mundukk....
ReplyDeleteTakper...esok saya uppp citer pasal satuu lagi kedai di Munduk...hahahahha. Yang nie pun ok kedainya kak. Tapi kalau kat sini, saya makan nasi putih, sup campur (daging, perut, tauge), telur dadar dengan sambal belacan dia.. Perghhh...x toleh kiri kanan. Itupun, ada sorang polis Thai Islam yang duty di Golok tp dia off duty dok goda2 cakap menu tu sedap. Tu yg saya try.
Tapi memang sedap kan...?
Samseng simpang empat tu Sariyusa .. ehe :)
ReplyDeletePandai ye nyorok belakang iman...biar iman lebih menonjol dr mak nye ye....
ReplyDeleteTk baik ckp mcm samseng. Ckp la mcm hero the boss ke...her02 yg sewaktu dgnnye he3....apapun mmg nmpk sedap mee tu
saya baca entry ni pukul 5.48pm...meleleh tau air liur membayangkan...hahahahaha
ReplyDeletetu gaya samseng sarip dol ! hahahaha