Pasar Ramadhan yang paling meriah Sk kunjungi adalah Pasar Ramadhan Taman Perling yang Sk tinjau petang semalam, hihihi. Dan pada Ramadhan ke 8 juga juadah berbuka kami semuanya sumber dari param disebabkan gas habis ngam-ngam masa memanaskan murtabak untuk bersahur. Siap sahaja murtabak api gas pun kian malap. Nak goreng telur pun tak sempat :)))
Pasar Ramadhan Taman Perling boleh dikatakan menghimpunkan pelbagai jenis makanan seantero Malaya. Dari Roti Boyan Singapura dan Nasi Beriyani Zam Zam-nya sehinggalah ke selera utara. Macam-macam ada!! Tak pasti berapa banyak kalori yang terbakar semalam, berpusing-pusing mencari apakah makanan yang berkenan di hati. Hasil rempitan semalam :
Nasi Beriyani Zam Zam untuk ER dan Iman
Rojak Asma
Tauhu Bakar
Ayam Bakar Tempayan
Sk memilih untuk makan sana sikit.. sini sikit.. jaga diet katanya.. berangan nak berkebaya di hari raya, gitewww... Tak ada maknanya kalau dah sana sikit.. sini sikit.. mana nak datang kurusnya :p
Ops! Gambar Ayam Tempayan tak ada Gambar tempayan ada.. pinjam Pakcik Google jangan marahhh haaa... |
Saya pun hujung minggu lepas, juadah param semata2 kak....
ReplyDeleteKlasik tempayan ni. Hihi,,
ReplyDeletePetang ni rasa macam nak p pasar ramadhan jaa baruu nak p rasanya ni xp lagi dari awal ramadhan
ReplyDelete