ASSALAMUALAIKUM...
DAH beberapa hari Iman asyik menyebut tentang Air Kathira Abu Bakar. Sebenarnya Sk ni bukan tak nak beli tapi malas betul rasanya nak menyimpang dari laluan asal. Nanti sampai rumah nak sediakan juada berbuka lagi. Menempuh sesaknya jalanraya, cari tempat letak kereta dan nak menyampaikan kat tempat jualan air kathira tupun dah makan masa jugak.. hihi. Banyak alasan betul, hehehe.
"Ala... malaslah nak pergi.. nanti bonda balik nak masak Asam Pedas Daging lagi. Nak goreng Ayam Berempah lagi. Mana sempat.."
"Hah.. Asam Pedas Daging? Bestnya..." terus Iman terlupa Air Kathira Abu Bakar... hehehehe.
Semalam kami berbuka dua beranak sahaja. ER berbuka dengan IRDA. Tapi dapatlah dia menikmati lauk yang sama ketika bersahur pagi tadi. Memang tak ada lain atas meja cuma tiga lauk ni sahaja. Asam Pedas Daging, Sayur Sawi Masak Air dan Ayam Goreng Berempah Bersama Jus Tembikai dan Jus Buah Naga, hihi. Macam biasa, lepas jamah kurma terus makan nasi. Kalau buat kuih pun bikin penat jer.. lebih baik beli cuma malas nak terkejar-kejar di pasar ramadhan. Sambil makan tu Iman berapa kali pesan sahur nak makan lauk yang sama.. nak makan nasi.. hihi. Sedap sangatlah tuuuu :p
InsyaAllah, hari ni SK nak tinjau apa yang ada di Param... melayankan ER tularrrrr... ;-))))
Samalah kak....saya pun prefer buka terus makan nasi.... Senang. Kalau ada kuih, saya jamahlah sikit....itupun lepas Isya'.
ReplyDeleteAsam pedas daging tu memang nampak merveles betull
pAndai bonda Iman belokkan lerhatiaan si dara sunti...eheee...patutlah iman dah tak sebut air kathira, sbb asam pedas dagingnya sgt2 memukau...pebret sy jugak tu kak...
ReplyDelete