ASSALAMUALAIKUM...
RAMADHAN telah dua minggu berlalu. Kian hari kian terkejar-kejar tak tahu mana yang nak digapai dulu. Dari hari-hari menulis diari dah jadi dua hari sekali, lama-lama tiga hari sekali arung, hehehe. Sungguh tak patut.. kan :p
Hurmmm.. dah ada yang mula buat kuih sebagai penyeri meja tamu di Aidilfitri. Kalau tak ada balang kuih atas meja rasa macam kurang berseri dan tak rasa suasana raya, betul tak? Yang tak sempat tu macam biasalahkan, main tunjuk-tunjuk je yang mana berkenan. Entah apa mimpi tiba-tiba tahun ini Sk teringin sangat nak makan tart nenas air tangan sendiri. Teringin tart nenas yang gebus, cair di mulut tapi tak pecah di tangan, gitewww. Setiap tahun pun sebenarnya teringin nak buat tart nenas sendiri tapi selalu terbantut sebab malas nak mengupas, memarut dan memasak jem nenas. Apa pun tak boleh!
Bila rakan fb, Kak Fidah ceritakan tentang kawannya yang menjual inti tart nenas, terus berkobar-kobar semangat Sk. Pernah sebelum ini Sk membuang sekilo jem nenas yang dibeli di Bakery Shop kerana was-was dengan cara pembuatannya. Kali ini Alhamdulillah, dah jumpa pengusaha jem nenas muslim yang diyakini tahap kebersihan dan kehalalannya. Seronok berbual dengan Puan Sharifah Mahani yang ceritanya memproses sehingga 50 kilogram jem nenas sehari. Bertabah betul :-)
Terlanjur datang dari jauh, Sk ambil 2 kilo jem. Haha.. bunyiknya macam ambil 20 kilo kan. Alaaa.. saja nak bagi gempak. Jadi, Ramadhan ke 13, inilah kerja Sk seharian. Mengadap tart nenas sampai nak pitam. Huishhhh, penat giler rasanya. Siap membakar dua dulang tart nenas ER mengajak Sk keluar. Ada benda dalam rumah yang perlu diganti. Petang tu kami bermandi hujan lebat mujur tak ada yang demam. Disebabkan ER ada majlis berbuka bersama kelab media, Sk berbuka di rumah Angah. Kami dihidangkan dengan bubur nasi berlauk. Haaaaaaaa.. habis diet nasi Sk, huhuhu.
Waktu sahur, Sk bangun awal dari biasa sebab tiada stok lauk semalam untuk dipanaskan. Jam 4 pagi masak nasi dan tumis sambal. Sk buat sambal daging. Dagingnya pun Sk hiris sambil menumis sambal. Hampir 5 pagi, semua siap dihidang atas meja. Memang biasanya itulah waktu sahur kami. Jam 6, Sk sambung lagi projek tart nenas memandangkan jem tu masih banyak lagi yang dah siap Sk bulatkan. Takut berkulat pulakkan. Jam 11 pagi selesai dua adunan tart. Terus bersiap untuk hantar Iman ke kelas tuisyen. Sepanjang perjalanan, Sk qada' tidur, hehehe.
Nanti sambung Ramadhan 14 ya...
Mana gambarnya sis? Ingat boleh cuci mata tgk tat nenas gebus. Hehe
ReplyDelete