PASAR RAMADHAN PERLING... DIARI RAMADHAN 15

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...

WARGA KL bercuti semalam, kan sempena Nuzul Al-Quran. Adik Sk, Azwa yang di KL tu pun balik bercuti.. hari Isnin dia ambil cuti ganti maknanya panjanglah pulak bercuti. Ramadhan 15, ER menghadiri majlis berbuka puasa di luar jadi Sk ambil kesempatan ini untuk berbuka bersama adik-beradik dan anak-anak saudara. Ibu kata, ibu nak masak singgang ikan parang. Nyummm.. jomlah kita ke Pasar Ramadhan Perling yang 'happening' itew!

Kali ini kami banyak membeli kuih-muih. Yang kelakarnya, kebanyakannya berasaskan pulut. Kata kakak Sk, patutlah asyik sakit badan jer, suka makan pulut. Kakak Sk bagitahu lagi, pulut ni kadang susah nak bagi masak dengan sempurna sebab itu kadang ada setengah orang kalah dengan pulut.

Kami beli..

Pulut Panggang
Pulut Serunding
dan lopes.. hehe..
Satu lagi.. ketupat pulut aka ketupat palas.. urmmm..

Kuih Cara Berlauk
Karipap Sardin
Kuih Kaswi.. mak aihhh!

Lepas tu sebab Iman tak berapa nak makan singgang, Sk tapaukan dia Ayam Masak Kari. Dah malam tu baru Iman cerita, ayam tu rasanya macam hati. Hancur. "laaaaaaaa.. kenapa tak cakap dengan bonda?" "Tak terkeluar nak cakap," kata Iman. Tapi masa Sk cicah ketupat palas dengan kuah kari tu rasa sedap jer, sebab kuahnya pekat. Nasib Iman tak sakit perut.

Meniaga... mesti mahu untung. Kalau rugi buat apa meniaga, ya tak? Sedih betul bila kuih lopes yang dibeli Azwa tawar hebey. Kelapa tak bergaram dan air gulanya tu tawar betul.. sampai kembang rasa tekak nak telan. Karipap sardin tu pulak yang banyak cuma bawang, sardinnya cuma dicalit-calit sahaja. Aishhh! Sampai hati betul orang yang meniaga macam nikan. Sebagai seorang yang 'bisnes' kuih, Sk tahu tak mungkin tak untung kalau kita masak dengan sempurna. Ni mesti sebab nak untung besar. Kalau rasa untung sikit dan tamak pulak, baik tak payah meniaga. Kami yang dapat dosa percuma sebab mengutuk anda.. huhu. Kuih Cara Berlauk tu, Alhamdulillah.. sedap, intinya pun banyak. Kuih Kaswi pun okey jugaklah. Pulut Serunding nyummm.. Pulut panggang ada yang inti banyak, ada yang sikit, ada yang tak ada... apa cerita???

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang nasib2 la kan kalau ke param ni kak. Kalau ada rezeki, dapatlah juadah yang sedap. Kalau bukan rezeki kita, terpaksalah sedekahkan pada cik tong

    ReplyDelete
  2. Memabeli di bazar ni nasib-nasiblah SK..

    ReplyDelete
  3. ermmm..jarang berbazar kecuali dgn peniaga yg dah mmg kenal je

    ReplyDelete
  4. Sepanjang Ramadhan kali ni baru sekali sy jejak param. Dan terkena terbeli ayam percik keras macam kayu. Nasib badan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!