MELETOP STEAMBOAT & GRILL... DIARI RAMADHAN 14

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...

DALAM pada cakap tak kisah.. tak kisah... apa yang bonda masak, Iman makan jer... rupanya anaknda Iman Fatiha tidak puas hati bila babahnya asyik ada acara berbuka puasa bersama syarikat-syarikat korporat.

"Habis tu, bila babah nak ajak Yaya buka kat luar? Yaya pun nak jugak," komplen Iman.

"Babah tahu tak, babah tak ada Yaya asyik makan lauk yang samaaaa jer," Adu Iman bila babahnya mengambil balik dari sekolah.

"Amboiiiii.. bukan main lagi ya," panjang pulak 'amboi' Sk bila ER bercerita pada Sk. "Padahal dia jugak yang kata 'tak kisah..' rupanya kisah jugak ya.

Jadi, marilah kita makan di luar. Sk ni bukan apa, Sk cukup tak gemar suasana berebut-rebut kalau berbuka di luar. Datang lambat tak ada tempat. Datang awal melanguk menunggu waktu berbuka. Lebih selesa berbuka di rumah boleh pakai baju kelawar. Tak pakai bedak pun tak apa, hehehehe.

Disebabkan dah beberapa kali Iman menyebut, 'Dah lama tak makan kat Seoul Garden...' Nanti beberapa lama kemudian dok mengulang ayat yang sama, jadi pada Sabtu lepas, selepas menghantar Iman ke kelas tuisyen Sk pun bercadang untuk membuat tempahan awal. Rupanya tak boleh ya. Hari Sabtu dan Ahad memang tidak dibenarkan untuk tempahan.

"Tak ramai ke nanti waktu berbuka?" tanya Sk dengan staf Seoul Garden tu.

"Susah nak cakap kak. Kalau akak nak, akak datanglah pukul 6.30," cadangnya.

Dan.. bila Sk sampai dalam pukul 6 tu.. mak aihhh! Yang beratur di luar dah panjang, yang tengah makan di dalam tu entah bila nak selesai. Kononnya nak bertabahlah beratur, sekali Iman cakap nanti entah-entah dah berbuka pun kita tak dapat masuk. Jadi, jomlah kita ke tempat lain.

Ingat tak Sk pernah cerita tentang Steamboat & Grill yang berhampiran rumah Sk tu. Jadi, jomlah kita ke sana. Iman, jangan banyak cekadak, okey!

Dengan harga buffet dewasa RM19.90 seorang, percayalah, ia amat berbaloi-baloi. Sk rasa Meletop Steamboat & Grill ini walaupun tidaklah sehebat restoran steamboat ternama namun ia tidaklah mengecewakan. Mungkin Sk akan datang lagi membawa keluarga yang lebih besar lepas raya nanti, insyaAllah. Hah.. sape nak ikut tu bayar sendiri yer.. hek hek hek!

image Meletop Steamboat & Grill FB

Seafood (image Meletop Steamboat & Grill FB)

(image Meletop Steamboat & Grill FB)

Sayur-sayuran (image Meletop Steamboat & Grill FB)
 
Minumlah sesuka hati nak ulang berapa kali pun
(image Meletop Steamboat & Grill FB)

(image Meletop Steamboat & Grill FB)

Aiskrim .. boleh cedok banyak kali
(image Meletop Steamboat & Grill FB)

Nasi Goreng.. Mee Goreng.. semua ada
(image Meletop Steamboat & Grill FB)

Buah-buahan.. masa Sk berbuka hari tu rambutan pun ada tau
(Image Meletop Steamboat & Grill FB)


ABC (image Meletop Steamboat & Grill FB)


Budak yang teringin sangat berbuka di luar

makan sampai lebam



Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Oh... kakak teringin nak pergilah SK. Nantilah lepas-lepas raya.
    Yg di Kulai tu tak ada nasi-nasi macam yg ini.

    ReplyDelete
  2. Wahhh, murahnya... Berbaloi2. Kat Melaka ni setambot yg macam nie sampai 36.00 sorang.

    ReplyDelete
  3. wahh bestnyaa dekat pula tu ngan rumah.. kenapala selama ni xtau ada steambot murah ni. hehe..thnks awak review ttg steamboat

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas review +ve anda. Kami amat menghargainya. Next time ade rezeki lagi boleh bawak ramai2 serbu MELETOP lagi...
    Update terbaru: Dengan harga yg masih sama, kini ruang makan tertutup ( beraircond & dapur elektrik ) telah dibuka. Jom MELTOP!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!