Assalamualaikum...
PAGI ini kami tiga beranak ke Kong Kong Laut untuk mencari stok lauk yang sudah hampir kehabisan. Walaupun tak berapa rajin nak memasak hari-hari, tapi kena juga pastikan stok sentiasa ada. Kot la tetiba tersampuk saka dapur, kan.. kahhhh.
Hajat di hati dapatlah bersarapan Nasi Lemak Daun Simpor di tepi laut Kong Kong, tapi NLDS dah habis. Tak ada rezeki kami tetap bersarapan di warung berhampiran gerai ikan. Sedang bersarapan, Pak Inche tinggalkan kami, nak tengok ikan katanya dan datang semula bawa sekilo siput gonggong.
Siput Gonggong Kukus
1 kilo Siput Gonggong
1" halia dihiris
2 batang serai ketuk
1 akar daun ketumbar
Kukus siput bersama halia, serai dan akar ketumbar selamat 15 - 20 minit.
Cicah dengan sos thai, sedap.
Ada jugak masak siput dengan cara rebus tapi sebaiknya dikukus supaya jika ada siput yang tidak elok, ia tidak akan menjejaskan rasa siput yang lain.
7 Comments
Susah nak korek isinya ni ek
ReplyDeleteTarik dirinya atau cungkil guna lidi
Deleteoh, menarik tips tu..kalo rebus nanti takut ada yang da tak elok pulak kan...
ReplyDeletetak pernah makan siput ni... tak dpt imagine rasa dia mcm mna
ReplyDeleteTadi pagi kita pi KongKong ada juga GongGong ni, tapi dia dah mati, tak jadi nak beli..nak fresh beli yang tengah hidup..
ReplyDeleteteringat dh lama wak x makan siput gongong senibong - cungkil paakai lidi., ;p
ReplyDeleteIONQQ**COM
ReplyDeleteagen terbesar dan terpercaya di indonesia
segera daftar dan bergabung bersama kami.
Whatshapp : +85515373217
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih