Assalamualaikum WBT
SELEPAS hampir 37 jam bertarung nyawa, Nurakma, rakan sepejabat Pak Inche, meninggal dunia tengahari semalam bersama bayi dalam kandungan. Akma dijangka melahirkan anak ketiganya bulan Oktober ini malangnya akibat kecuaian orang lain, Akma menjadi mangsa kemalangan maut di Kulai, malam Khamis lepas.
Screen shot berita kemalangan di Harian Metro Online. Akma pergi meninggalkan dua anak lelaki, Muaz, 10 tahun dan Harraz, 7 tahun serta suaminya, Aman.
Hancur luluh perasaan ketika melihat keadaan Akma di ICU, Khamis lepas. Akma mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri. Hanya keajaiban sahaja yang boleh mengembalikan Akma namun Allah SWT jua yang menentukan ajal maut seseorang. Melihat keadaan Akma kami redha dengan takdirnya.
Jenazah Akma telah selamat dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Islam, Taman Impian Emas. Terlebih dahulu solat jenazah dilakukan di Masjil Al Jawaher, Taman Mutiara Rini selepas solat maghrib. Ramai yang hadir untuk melihat Akma buat kali terakhir.
Dalam gambar, Akma menyiram pusara ibunya yang meninggal dunia akhir tahun lepas. Kini, Akma pula yang pergi menurut jejak langkah ibunya.
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وارْحمْها وعافِها واعْفُ عنْها ،
وَأَكرِمْ نزُلَها ، وَوسِّعْ مُدْخَلَها واغْسِلْها بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ ، ونقلها منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس ، وَأَبْدِلْها دارا خيراً مِنْ دَارِها ، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلها ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِا ، وأدْخِلْها الجنَّةَ ، وَأَعِذْها منْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار
Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.
Amiiinnn Ya Robbal Alamiinnn.
Damailah di sana Nurakma Mohd Kalimuddin.
Semoga Aman tabah membesarkan anak-anak mereka. Semoga Allah swt makbulkan doa Akma supaya Muaz dan Harraz menjadi anak yang soleh, Aminnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Innalillahi wainnalillahi rajiuunnn. Tak terkata.... Semoga seisi keluarga arwah, anak-anak dan suaminya redha dengan takdir yang dilalui. Mudah-mudahan Muaz dan Harraz menjadi anak soleh, sentiasa mendoakan arwah ibunya di sana.
ReplyDeleteInna lillah wa inna ilayhiroji’un
ReplyDeleteMoga Allah mengampuni dan merahmati roh Akma.
Sedihnya kenang anak-anak yang masih kecil.
Moga Allah bantu mereka menjalani hidup dengan baik.
Innalillahhiwainnailaihirojiun...salam takziah..al-fatihah, semoga roh arwah dirahmati dan tenang di sana
ReplyDelete