Assalamualaikum WBT
KISAH bawa balik kucing dua beradik hari tu, dah esoknya, lepas dapat kembalikan budak-budak tu pada emaknya, baru bagi tahu Pak Inche, yang Sk bawa balik kucing tu semalamnya. PI terkejut, dia kata, tak dengar pun budak-budak tu mengiau.. oh, ingatkan dengar. Tak.. PI kata. Benda dah lepas, kan. Tak ada pulak nasihat lain kali jangan bawa balik lagi, hehehehe.
Esoknya, sampai pejabat, Sk memang tak tengok la budak dua beradik tu. Tak nak ambil tahu la gitu, apa nak jadi, jadi la, mak dia pandai la nak jaga anak. Sekali, kawan Sk cakap, anak kucing tu dah tinggal sekor. Menjerit-jerit keseorangan keseekoran, mungkin cari mak dan adik dia campur lapar susu. Dah sudah, susu semua dah tinggal kat rumah, camno??!
Memandangkan esoknya Jumaat dan Sabtu hari cuti, tak sampai hati pulak nak tinggalkan budak bertuah ni, Sk bawa balik. Tapi kali ni tak ada rahsia dah, bagitahu dengan PI. Ingatkan PI tak bagi, sekali malam tu dia suruh pasang lampu tidur supaya budak kecik ni tak takut sangat bergelap sekor-sekor, heheheh. Siap bagi nama Vester, tapi Sk nak namakan dia Rain sebab hujan turun selebat tidak masa bawa balik tu, hihi.
Macam nak bergaduh bagi susu, sampai mandi susu, berlengas satu badan. Kan dah kena mandi. Diam aje mandi, tak meronta-ronta. Keringkan bulu dengan hairdryer pun diam aje.
Tapi, memang susah nak bagi susu. Tengok anak kucing kat ig tu kemahen pandai hisap botol susu. Dia ni.. haishhhh! Letak susu dalam piring pun tak pandai nak jilat/minum.
Semalam, baru dapat rentak cara nak bagi susu kat dia. Kena bagi sambil baring, bukan dia yang baring, kita yang baring 😆. Dah macam ibu susuan kita dibuatnya. Lepas tu, dia jilat-jilat tangan Sk, Sk pun titis susu kat tapak tangan, dia pun jilat. Sk titis lagi, dia terus jilat, laaa.. nak kena bagi kat tapak tangan ke? Layan jer la.. janji dia nak minum susu. Ni nak jaga sampai dia besar sikit lepas tu nak serah kat budak-budak asrama jaga pulak. Kucing-kucing kat rumah ni semua dah buat muka, tak suka ada kucing baru dalam rumah, nak-nak kitten, memang mereka menyampah beno nampaknya, hahahaha.
Comel Rain...nak bermanja² dgn SK tu, tapi sian pulak, kucing² lain x suka..
ReplyDeletecomelnya anak kucing! geram tgk..
ReplyDeletekat umh sy pon ade 3 ekor anak kucing maknya xnak jaga.. aishhh kesian..
tapi sy xreti pulak nak jadi mak susuan.. hihi
semoga sihatla baby kucing ni.. ameeennn... jaga kucing terapi diri.. tp bab najisnya tu yg x tahan tu...
ReplyDeletehuishh...Rain eh.,..Kim Tae hee dia takde sekali .. tu yg nangis aje tu
ReplyDeleteHahahaha kereen nama dia yaa, rain 😄👍. Semoga bertuah selalu macam rain actor itu. Tapi saya harap kucing2 kakak lama2 bisa menerima rain.
ReplyDeletemanja eh rain ni.. sy pun imagine akak baring bg rain minum susu.. hehehe
ReplyDeleteAlaaaa...comel..kalau dekat nak SA amik bagai kawan kat Nia..Nia suka kucing tapi xde kucing sendiri
ReplyDelete