Assalamualaikum WBT
PENAT betul menempuh kesesakan di Lebuhraya Senai - Desaru semasa balik dari Pengerang tu. Puncanya, lepas makan di Desaru Seafood Corner, Pak Inche ajak potong balik keluar ikut Bandar Penawar tapi kami terlepas simpang. Dah macam berpatah balik ke Lotus Seaview Beach Resort, mujurlah ada simpang ke arah Kota Tinggi dan Johor Bahru sebelum Amerald Hotel. Tu tak apa, sampai jer Plaza Tol Desaru, nampak semua kenderaan dah sangkut di lorong tol, rupa-rupanya, selepas lorong tol tu semua kereta tak bergerak. Kata PI, inilah highway paling bodoh kat Malaysia, hahahah. Dahlah jalan bertampal-tampal, bayaran tol pulak mahal.
Siakap stim tu nampak sedap betul..menatnag2 SA sekarang kena pantang makan..ye tak...haha
ReplyDeleteBetul la Sk 😄...kita ni lega sungguh kalau tengok esbok dah tak sesak dengan makanan leftover.
ReplyDeleteAkhirnya makan seafood di rumah saja.. sekali sekala bagi la big bos merasa enaknya tidur di dalam kereta yg bergerak hihihii...
ReplyDeletehusband pernh masak siakap stim camni tp tksure nama apa sbb kita masak kalo menu stim slalumnya stim limau je la
ReplyDeleteSedapnya menu. Btw memang ye, tol desaru tu gerammm. hahaha
ReplyDelete