MASAK KARI AYAM EKSPRESS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


JEMU dahlaaaa asyik makan kat kedai, rabu lepas, gigih masak lepas balik kerja. Gigih tu sebenarnya bukan pasal rajin sangat pun, cuma mengenang bawang-bawang yang dah dibeli Pak Inche tu, sayangnya kalau busuk, dahlah bukan murah, huhu. Tapi, kalau murah pun bukan alasan untuk dibiar busuk tau, huhuhu.



Sk masak cara ekspresi jer ni, tak rajin nak tumbuk arau hiris bawang, semua Sk campak dalam chopper jer. Untuk dapatkan tekstur bawang yang lumat, Sk masukkan sedikit minyak masak. 


Masak pun dalam periuk noxxa terus, dari proses menumis, sampailah dah masukkan ayam tu, Set HP 12 minit, dengan kentang-kentang sekali Sk masukkan. Bila dah selesai, baru tambahkan air sedikit, kiub ayam, garam dan asam gelugor.


Benda ada untuk menyenangkan, suka buat susah buat apa, hahahaha.



Yang kelakar, agaknya dah lama tak masak sampai terlupa kalau masak kari ayam wajib ada ayam goreng. Selalu Sk dah asingkan siap-siap, mana nak masak kari, mana nak goreng tapi ni dah masuk dalam kari baru teringat. Mujurlah belum semua lagi dicampakkan dalam kari, heheh. Gambar ayam goreng tak sempat nak snap sebab PI dah kelaparan seharian tak makan nasi kerana nak makan nasi malam kat rumah.


PI singgah kedai beli papadom jenama Kijang. Nipis sangat papadomnya dan tak masin. Tak ada feel nasi daun pisang bila kita gaul dengan nasi dan kari, hahahah.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Noxxa kita apa ntah citer..nanti nak tengok balik la mana tau dh boleh guna penutup dia semula..PZ jatuhkan dulu kan...dah la beli mahal...kalau tak boleh masak kari kambing...

    ReplyDelete
  2. oo..kena ada ayam goreng...sedap tu, ayam goreng + kuah kari..

    ReplyDelete
  3. Saya biasanya kalo untuk menyelamatkan bawang yg sudah lama agar tak busuk, masak sambal bawang. Bisa masuk freezer, tahan 6 bulan. Dan pasti habis kalo sambal bawang 😁🤭

    ReplyDelete
  4. halo. This is my first time visiting your blog. This is very good, I also have a blog. Warm greetings. Sehat selalu

    ReplyDelete
  5. Kadang2 jemu jugak asyik makan kat luar kan. Saya pun sama mcm SK, suka masak style express mcm ni. Bila dah ada perkakas2 dapur, kena la gunakan sehabis mungkin utk menyenangkan kerja2 di dapur kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!