AYAM MASAK KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


PAGI Sabtu lepas, dah sarapan macam raja di Tew Soon Kopitiam, dia punya kenyang sampai ke petang. Bila kenyang, tak ada la rasa nak masak dan nak keluar pun malas. Dah pukul 4 tu, Sk tanya, Pak Inche, malam nak masak atau nak makan kat luar. Dia tanya kita balik, nak masak apa? Hurmmm.. masak ayam la senang! Ayam Masak Kicap, letak potato, cadang PI.


Sk pun rendam ayam, kemudian goreng keropok lekor. Rasanya dah dah setahun simpan keropok tu, sampai tak payah potong sebelum goreng cuma patah-patahkan aje. Tapi tekstur bila kita gigit tu, dia masih chewy. Lepas tu PI tukar fikiran suruh ayam masak sambal. Sk tak setuju sebab cili giling dah tak ada.. Hehehe.



Senang jer masak semur kicap ni walaupun lecehnya kena goreng ayam dulu. Teringat ada seorang mamak ni tunjuk video masak Ayam Masak Merah, ayamnya dimasukkan terus dalam sambal, tak digoreng dulu, jadi adalah ramai netizen tanya kenapa tak goreng dulu ayamnya. Dia jawab, boleh jer nak goreng dulu, tapi kena buat kerja dua kali la. Kalau rajin, bolehlah goreng dulu, kata dia, dia tak rajin menambah kerja, hehehe. Eh, tapi, kalau nak masak ayam semur kicap ni wajiblah goreng dulu ayam hingga masak ya. Karang, jenuh pulak nak tunggu ayam masak, hangus pulak kicap di kuali.




AYAM MASAK SEMUR KICAP


1. Kentang, potong baji,  goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. 

2. Ayam dipotong kecil, perap garam kunyit dan goreng hingga masak

(Goreng kentang dahulu baru goreng ayam guna minyak yang sama)

3. Kurangkan minyak di kuali, tumis rempah empat sekawan, bawang putih (hiris) dan sedikit halia.

4. Masukkan kicap manis secukupnya.

5. Tambah air secukupnya.

6. Biar mendidih dan mereneh, barulah masukkan ayam dan kentang, gaul rata. 

7. Masukkan bawang besar dipotong bulat dan cili api dibelah dua. Juga sesudu lada hitam ditumbuk kasar. Masak sehingga bawang layu.

Edit : Maaf laaa.. tershasul pulak tulis masak semur, yang betul masak kicap, hahahaha. Banyak kali pulak tersasulnya tuhhhh.. tanda-tanda apa agaknya??

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampak macam ayam masak kicap...semur tu memang nama ke atau bahan yang digunakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tulis kicap benarnya tapi fikir semur. Semur tu nama masakan.

      Delete
  2. My favorite.. Ayam Masak Kicap ni macam wajib letak kentang kan... menjadi² sedapnya tu.

    ReplyDelete
  3. Memang lah kalo digoreng dulu lebih sedap kan. ada garing2 dikit dari kulitnya 😁👍. Saya juga pernah coba yg tak digoreng dulu. Cuma tambah air sikit biar kecap tak hangus. Tergantung selera. Terkadang kalo sedang diet, tak nak digoreng dulu

    ReplyDelete
  4. Lauk ini sahaja sudah cukup menyelerakan..

    ReplyDelete
  5. ha.. saya panggil masak kicap je tapi helper saya memang panggil semur kalau masak kecap. tak tahu kat mana bezanya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!