Assalamualaikum WBT
KISAH bercuti ke Desaru (Pengerang) belum tamat lagi eh. (Psssttt : Orang Johor bercakap memang ada 'eh' kat belakang 😄).
Sebaik sahaja selesai mengopi di Yard & Co dan hendak menuju ke kereta, hujan pun mula turun membasahi bumi Pengerang. Dalam hujan-hujan tu, Pak Inche kata, nak singgah makan dulu di Desaru Seafood Corner.
Kita belek-belek menu dulu.
Antara Signature Dish di Desaru Seafood Corner. Harga ada yang telah ditetapkan dan ada juga yang mengikut harga pasaran.
Masakan lobster atau udang kara merupakan masakan yang terkenal di sini. Terdapat dua jenis lobster yang ditawarkan iaitu Australia dan Local. Harga berbeza mengikut saiz, bagi lobster yang beratnya 1 kilogram ke atas harganya lebih sedikit berbanding yang berat di bawah 1 kilogram.
Harga pasaran makanan laut pada hari Sk datang ni seperti dalam gambar. Tarikh 2 Jun 2024.
Jom pilih-pilih yang mana berkenan di poket 🫣.
Belek punya belek menu, Ais Limau jugak yang menjadi pilihan PI. Sk pilih Jus Amra, orang Kedah kata. Orang Johor kata, kedondong, hehehe.
Hotplate Beancurd kegemaran PI. Di sini mereka gunakan beancurd patsegi. Hotplate tu tak cukup panas untuk memasakkan telur yang dipecahkan ke dalamnya tapi bagi Sk, sedap.
Baby Kailan goreng Sos Tiram.
Ini biasa-biasa aje la rasa dia.
Sk pilih masakan Udang Indonesia atau lebih tepatnya lagi kari udang. Kari Indonesia ni banyak santan dan lebih lemak, sedap dimakan dengan roti mantou tu tapi Sk makan dengan nasi je.
Suka sangat PI apabila ada masakan Baby Sotong Goreng Madu. Ia dimasak bersama tauhu yang dihiris dan digoreng garing dan agak kering, barulah digaul bersama baby sotong dan madu. Unik tekstur baby sotong tu, bahagian kepalanya garing, badannya masih lembut lagi. Taklah sakit rahang kita nak melumatkannya.
Cukuplah empat lauk saja kali ni, itu pun tak habis. Udang berbaki tiga ekor, baby sotong dan baby kailan kami minta bungkuskan. Lobster? Biarlah dia meneruskan kehidupannya di dalam akuarium itu. Mulia tak hati kami? Hahahahahahahahaha.
Lama tak jumpa buah amra ahak!
ReplyDeleteSelalu juga tgk SK order baby sotong ni, next time nak try sbb x pernah makan. Asik² order sotong goreng tepung aja la, kesukaan Adik 😆
Sekali je pernah pergi Pengerang melawat adik ipar kerja kat sana. Next time kalau singgah lagi boleh la try tempat ni.
ReplyDeleteAyat last untuk Lobster tu memang kelakar...scrolll gak mana menu lobster...xde rupanya tapi menu2 yang ada tu memang menduga air liur...mouth watering kata omputih
ReplyDeleteYa ampuuuun kak sk 😍😍😍😍. Rasa macam nak terbang ke JB lah 🤭👍. Enak2 semua kliatannyaaa 😍❤️. Saya memang suka seafood sangat.
ReplyDeleteApapun jenis seafood, pasti nak.
Trutama udang. Dulu saat belum tahu rasa lobster, teringinnya lobster. Tapi setelah beberapa kali coba, ternyata tetap lebih enak udang 🤭😁