Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH, sekali lagi tahun ini kolej menganjurkan Program Ibadah Korban kepada warga staf dan ahli keluarga. Ibadah korban tahun ini dilakukan semalam, 12 Zulhijjah 1445H.
Jam 8 pagi, semua lembu yang hendak dikorbankan di hantar ke pusat penyembelihan, sebelum dibawa ke bangsal dimana para peserta dan petugas telah menunggu sejak jam 10 pagi. Sambil menunggu sempatlah bersarapan juadah yang disediakan antaranya Lontong, Mee Goreng, Jemput-jemput, karipap dan kek serta kopi panas.
Jam 11 pagi baru lembu sampai. Masing-masing tak sabar dah nak beraksi 😄.
Terselit Tuan Tanah Kedaung!
Cara pembahagian lembu korban bolehlah rujuk post Program Ibadah Korban 1444H.
Bahagian perut dan usus tak termasuk dalam pembahagian sebaliknya untuk dilepaskan kepada sesiapa yang rajin hendak mengerjakannya. Sk bawa balik bagi Che Li, dia pakarrrr!
Bahagi-bahagi babat biar sesama ternak lemak 😃.
Kak Imah bagi dua batang kaki lembu, ni pun suruh Che Li buat, hehehe.
Kalau tahun-tahun sebelum ni, masak sup lepas selesai melapah, tahun ni berbeza. Sup dimasak keesokannya iaitu pagi tadi. Memang lain macam ya keenakan sup lembu korban ni. Kami makan sup dengan roti dan ketupat segera.
Syukur.. terlaksana hajat masing-masing dan terima kasih kerana menyumbangkan segala tenaga. Tolong makan pun dikira menyumbang tenaga jugak tau, hihi.
Burppp.. Alhamdulillah.
Bagian dalam atau jeroan sapi ini saya pun tak bisa masaknya, tapi sukaa 😄😄. Kalo ada mama dah pasti minta tolong mama hahahaha. Paling suka memang babat 🤤
ReplyDeleteRindu betul nk merewang program macam ni, dulu duduk Bukit Indah selalu join, sedap pegang daging panas² kan Kakkk
ReplyDeleteSesi mencedok tu yg best kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah semua...Semoga diterima ibadah qurban kita...
ReplyDeleteSeronoknya ada yg pakar menguruskan usus perut semua tu... Keluarga PH takde dah yg reti nak kisahkan semua tu sejak mak dah takde :( Telan ailio je la tgk haha
Alhamdulillah. Program berjalan dengan jayanya.
ReplyDeleteMudah-mudahan Aidil Adha akan datang, direzekikan lagi untuk program sebegini.
seronok bergotong royong, seronok jugak bila dapat bahagian2 yang dah ditetapkan...
ReplyDelete