SAMBUT HARI LAHIR JUN & JULAI DI RESTORAN NUR LAILA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 




ALHAMDULILLAH.. tumpang rezeki Kak Imah belanja Nasi Arab semalam, kami raikan sekali ulangtahun kelahiran Lady Boss yang ke 41 (tak silap.. hahahaha). 


Sanah helwah, Fida. 



Semoga panjang usia, dilimpahkan lagi rezekinya kerana selalu belanja kami, bahagia di dunia dan akhirat asbab sentiasa memudahkan urusan orang lain, Amiiinnn YRA.



Alang-alang tu, Sk belanja juga kek sempena hari lahir Zalina pada 1 Julai akan datang. Eh, Naza pun lahir bulan Julai jugak tapi hujung bulan, kita raikan terussss.



 Kejutan untuk Fidah memang tak menjadi la sebab dia memang dah agak. Tapi, Zalina dan Naza memang surprised ada kek untuk dorang jugak. 



Kita bagi chancelah dia potong kek sorang, kan.


Kek ni beli kat Kedai Kek Sutera Rasa di Bandar Baru Uda. Kedai kek old school milik melayu yang dah bertapak sejak Iman kecik-kecik lagi dan bertahan sehingga sekarang walaupun banyak cafe-cafe cake viral yang tumbuh macam cendawan di JB ni.



SELAMAT HARI LAHIR


BARAKALLAH FII UMRIK

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usahamu. Hidup bahagia dan selamat selamanya.

‎أمين يا رب العالمي

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!