Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Sk dan Pak Inche memenuhi undangan Majlis Hari Lahir anak rakan sekerja PI, Aryana sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 8. Baru perasan, Aryana rupanya sebaya dengan Zulaikha, anak Cik Ani. Zulaikha atau Jeika juga baru diraikan hari jadinya baru-baru ini di NLSB Cafe Nusa Idaman.
Haliza, ibu Aryana menyediakan masakan kegemaran Aryana iaitu Nasi Ayam. Juga ada Kerabu Maggi kegemaran budak-budak, eh.. mak budak pun suka aihhhh! Sk memang datang bawa perut, pagi cuma sarapan Telur Separuh Masak dengan Roti Bakar Kaya macam selalu.
Tak tahulah pulak birthday party Aryana ni ada tema warna ungu. Kalau tahu, Sk pakai baju ungu tapi.. hurmmm.. macam tak ada pulak baju warna ungu, hahahah. Kalau ada pun tshirt jersi. Tapi tudung ungu memang banyak. Boleh la kan pakai dengan baju putih tapi tak tahu. Mungkin juga Haliza tak mahu menyusahkan tetamu jika ada warna tema tapi sebelah keluarga nampaknya dah berjanji pakai ungu. Tapi tu la, kalau tahu Aryana suka ungu, belikan hadiah warna ungu tapi dah terbeli warna merah.
Sk tanya PI, tak makan ke kuih onde-onde kegemaran dia? PI tanya, ada ke onde-onde? Dia tak perasan sebab onde-onde kan selalunya warna hijau.
Kuih Puteri Ayu juga warna ungu.
Satu lagi makanan kegemaran PI yang dia tak perasan kewujudannya sebab warna ungu, hahaha.
Cheese tart memang biasanya tema ungu.
Kuih lapis warna-warni didonimasi warna ungu juga.
Kek Red Velvet menjadi pilihan untuk Aryana.
Ini kek untuk Arash. Arash ni anak Akma, rakan sepejabat PI juga. Akma ni pulak, adik rakan baik Sk masa di sekolah menengah dulu, keciknya dunia, kannnn.
Pulut Kuning untuk Arash.
Pulut Kuning untuk Aryana.
Pulut Kuning untuk Huda yang baru juga menyambut hari lahir. Huda, Akma dan Haliza ni semua junior PI, dah macam adik-beradik. Yang kelakar tiap hari Jumaat memasing bawa anak ke pejabat dah macam taska, kata PI. Budak-budak ni pun rapat jugak dengan PI walaupun PI ni kuat menyakat, dorang panggil Uncel Agun.
Ni memang dari kecik dok beriba dengan PI kalau datang pejabat.
Kadang-kadang macam musuh 🤣.
Terima kasih, Liza dan Faiz sudi jemput kami makan-makan. Penuh perut dengan nasi ayam, kerabu maggi, roti jala, rojak asma dan kuih-muih. Cuma Pulut Kuning je tak larat nak makan dahhh.
Meriah!
ReplyDeleteMeriahnya dengan Ungu!!
ReplyDeleteNasib baik pulut tak ungu dan kek ungu (keladi) kalau tak mmg betul tema ungu yaaaa
Iniii baru fans ungu garis keras 🤣🤣. Semua serba ungu ya kak hahahahha. Jadi nak rasa juga klepon ungu itu seperti apa 😍😍
ReplyDeletecantik tema birthday dia..acik SA pun suka purple tau...hehehe...
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDelete