Assalamualaikum WBT
BURPPPP! Alhamdulillah.. hari ini Kak Narimah belanja makan Nasi Arab di Restoran Nur Laila (dulu dikenali sebagai Restoran Nur Tahara) yang terletak di Taman Setia Tropika.
Sk sampai dulu sebab ada urusan sebelumnya. Restoran ni dekat jer dengan pejabat tapi punyalah sesak jalanraya waktu tengahari menjadikan ia terasa jauh. Disebabkan Sk sampai awal, Sk buat-buatlah busy belek menu dari muka depan sampai belakang, hahahah.
Selalu makan Nasi Arab di restoran lain, macam tak ada menu tulis Nasi Arab. Baru tahu memang ada menu betul-betul tulis Nasi Arab. Selama ni jumpa Nasi Mandhi, Maqloobah dan pelbagai jenis nasi arab yang semuanya Sk anggap sebagai Nasi Arab. Dekat Nur Laila ni, memang dia tulis situ Nasi Arab. Selain tu, ada nasi mandi dengan pelbagai pilihan lauk dengan harga yang telah ditetapkan. Setiap set nasi datang dengan sup kambing dan tomato sos segar.
Selain itu ada pilihan Nasi Biryani dan Nasi Pulao (Nasi Afghanistan).
Biasanya, nasi arab memang dimakan begitu sahaja dengan sos tomato segar dan sup kambing. Bagi mereka yang suka kuah lebih berempah atau makan bergulai boleh add on Kari Kambing yang datang dalam saiz per-gram.
Yang datang sekeluarga atau ramai-ramai boleh juga berkongsi set dulang yang tersedia dalam set dua orang sehingga 6 orang makan yang pastinya lebih jimat. Set Dulang ni bukan sahaja ada nasi tapi juga kebab dan naan. Boleh tengok gambar ni untuk rujukan.
Jika datang petang atau malam dan tak mahu makan nasi, ada pilihan pelbagai jenis roti seperti capati, naan dan Puri.
Juga pilihan pelbagai jenis hidangan sampingan untuk menyicah roti.
Juga ada tika dan kebab serta Mix Grill Platter dalam hidangan tiga hingga lima orang.
Bagi yang tidak makan daging merah, terdapat juga banyak pilihan masakan ikan.
Nak makan Shawarma atau Lamb Shank, juga disediakan.
Dessert pun ada pelbagai jenis. Fuhhhh.. manissss!
Yang nak buat aqiqah juga ada pakej disediakan.
Dua lot kedai, pelanggan yang depan ni baru saja bangun, sebelah sana semua ada orang, boleh nampak dalam cermin. Mana geng kita ni belum sampai-sampai? Sangkut jammed la tu.
Hah, sampai sudah. Bergambar is wajib. Ini dari kamera Tuan Tanah Kedaung!
Dari kamera Kak Narimah. Ni mirror image kan.
Dari kamera adik bongsu kami, Madihah.
Kami serahkan sepenuhnya pada Kak Imah untuk membuat pesanan mengikut bajet Kak Imah. Mulanya bercadang nak ambil set dulang 4 dan 5 orang mengikut jumlah kami 9 orang tapi Fidah kata, takut tak habis. Jadi, kami ambil set dulang 4 pax tu dua dulang aje. Memang betul pun la, banyak giler sedulang ni, empat orang makan boleh pergi sampai lima orang ni. Terdapat tiga jenis nasi iaitu Nasi Arab, Nasi Biryani dan Nasi Pulao. Ada tiga jenis lauk iaitu ayam, kambing dan ikan dory goreng (sedikit). Set dulang ni juga dah siap dengan satu jug minuman. Sos dan sup serta minuman boleh refill tanpa caj.
Ambil Mix Grill Platter untuk 4 orang ni satu set. Boleh rujuk gambar menu apa yang ada dalam set ni.
Selalu kurang seorang, kali ni cukup korum.
Bagus dan terbaik perkhidmatan yang diberikan oleh staf restoran ni. Tolong ambilkan gambar dan tolong ambilkan video jugak tau!
Sebelum dan..
Sesudah... hahahaha.
Bersambung....
Alhamdulillah. Rezeki orang belanja memamng melimpah ruah.
ReplyDeletemakan busat awak ye hehehe :p
ReplyDeleteKerusi dia empuknya!
ReplyDeleteBest gathering macam ni...
ReplyDelete