Assalamualaikum WBT
SYUKUR.. tertunai hajat di hati untuk menjemput rakan-rakan seuniversiti Iman datang ke rumah sempena Hari Raya Aidiladha, semalam. Semua rakan-rakan Iman tak dapat balik kampung memandangkan cuti raya cuma sehari kecuali seorang dari Nong Chik, JB, yang lain kebanyakannya orang Selangor tak silap Sk.
Hidangan utama merupakan Nasi Bukhari Daging dan konco-konconya iaitu Daging Bukhari, Ayam Masak Merah dan Acar Rampai.
Haaa.. sebelum korang cakap Sk rajinnya masak, baik Sk berterus-terang, semua ni Sk tempah dari kawan Angah yang merupakan pengusaha katering, hehehehe.
Menu tak boleh request, jika setuju kita kasi onz! Seawal jam 7.30 pagi, Sk dah terpacak depan Shell Gelang Patah untuk pick up order.
Mesti ada yang tertanya-tanya apa beza Nasi Bukhari dengan Nasi Beriani, nampak serupa tapi tak sama. Nasi Bukhari lebih berempah dan jikq namanya Nasi Bukhari Daging, ada ketulan-ketulan daging lembu dalam nasi.
Dilengkapkan dengan Ayam Masak Merah.
Daging Bukhari.
Acar Rampai.
Semua setuju Nasi Bukhari ni sedapppp.. lauk-pauk yang disediakan juga sedap dan sangat berpuas hati laaaa.
Sebagai variasi, Sk masakkan juga hidangan western , Spaghetti Bolognese.
Cocktail ringkas, cuma susu full cream, susu pekat, nata de Coco perisa mangga dan anggur serta laici dalam tin.
Rakan se-U Iman ni dari pelbagai jurusan dan ada juga yang sedang dalam pengajian Master. Mereka bertemu dalam pelbagai program kelab yang Iman sertai dan terus jadi rapat macam adik-beradik.
Dua jam jugaklah mereka makan dan lepak sambil layan movie. Sk dan Pak Inche bagi chance la, kami pun lepak dalam bilik layan movie lain.
Cik Ani datang lepas Che Li selesai mengerjakan tiga ekor lembu!
Tenkiu Cik Ani datang.
Angah datang malam, banyak tempat kena melawat dia kata. Tak apalah, janji sampai.
Terima kasih, semua.
Sk sudahi dengan pantun
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan berjumpa lagi 😁.
Seronokkan Kak makan² raya bersama ramai² .. Lin thn ni adik² semua raya rumah sendiri sebab memasing tak sihat. Sepi rumah raya haji ni .. tapi masak tetap masak ..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Sk..
ReplyDeleteAlhamdulillah,dapatlah perantau yang tak dapat valik raya menikmati juadah raya dirumah Iman..
Masak atau beli bukan ukuran,yang penting niat nak menjamu...Semoga bertambah rezekinya🤲
sedapnye... yumm yumm yumm
ReplyDeleteBagus SK meraikan anak² perantauan ni... Dengar² ramai students U tak balik raya haji ni kan, cuti sehari dan ada yg tgh exam juga...
ReplyDeleteNasi Bukhari pernah makan tapi tak ingat dah bila hihi
Nampak sesedap menunya
ReplyDeleteBaru kali ini saya tahu nasi bukhari 😍😍. Kliatan sedap juga. Dan kalo rempah lebih banyak drpd nasi briyani, confirm saya akan suka juga. 😄😍. Ramai teman2 Iman datang yaaa
ReplyDeleteRasanya saya belum pernah makan nasi bukhari.
ReplyDeleteSeronok kawan² Iman dapat makan jamuan hari raya.