MAKAN DI RESTORAN BUDAK SIEW MAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


BERTEMU lagi di hari Jumaat. Hari me time. Hari melepak. Hari melepek jugak 😄. Penat jugak sebenarnya kalau duduk jer, jadi marilah kita buat kerja apa yang patut.



Lama dah rasanya tak makan di Restoran Budak Siew Mai. Hari tu, nak pergi makan di kedai kipas susah mati Pak Inche, restoran mana lagi jika bukan Al-Anisah, tapi masa sampai tu tengok shuttle door dah turun separuh. Rupa-rupanya mereka dah ubah waktu operasi, sampai jam 8 malam je. Jadi, kami ke Restoran Budak Siew Mai, dekat-dekat situ jugak.


Pak Inche makan Cantonese Kueyteow. Dekat sini tak ada masakan hailam kegemaran PI dalam menu. Yang tak logiknya, minta lada sulah, staf kata, dekat situ tak ada lada sulah. Kalau cili potong ada. Sk kata, lada sulah.. White Pepper,  kot la dia tak faham lada sulah, kan. Tak ada jugak jawapannya. Macam mustahil la kan kat restoran tak ada lada sulah. Sk sebut merica halus, merica bubuk, kot la dia faham Bahasa Indonesia (Dia Malaysian).


Hari tu Sk tak makan nasi sebab bawa bekal Mee Goreng tapau dari Restoran Assalam The Kedai Mamak malam sebelumnya yang Sk ceritakan DI SINI. Sk makan tu waktu sarapan, punyalah kenyang sebab ada nasi sekali, hihi. Dah macam makan nasi ambang. Jadi, tengahari tak pergi beli nasi campur. Teringin la pulak nak makan nasi kat RBSM. 

Sk pilih Wok Fried Chicken Kung Pao. Banyak pilihan masakan wok fried berasaskan ayam, lembu, udang dan sotong yang dihidangkan bersama nasi putih. Sk tengok dalam menu, kebanyakan harganya telah dinaikkan. Mereka tampal sticker pada harga lama dan tulis harga baru. Masakan wok fried menggunakan daging lembu mencecah sehingga RM20 sepinggan. Tentu mereka terpaksa jugak menaikkan harga kerana harga barang mentah memang mencanak-canak naiknya. Ayam Kung Pao ni antara yang agak murah iaitu RM13.

Minta jugak Chee Cheong Fun tapi dah habis. Fried Carrot Cake pun habis juga. Masa mengambil pesanan, staf beritahu akan ambil masa 20 minit. Aaa.. memang faham kat sini lambat, sebab tu PI tak minat sangat nak makan di sini. Tambah lagi, Mee Hailam tak ada dalam menu. Harga pun boleh tahan. Tapi bagi Sk, berpatutan harga yang ditawarkan dengan persembahan hidangannya yang berada dalam kelas tersendiri.




Disebabkan tak makan tengahari, bekalan Green Tea yang Sk bawa ke pejabat tidak diminum la. Jadi, bawalah keluar makan malam. Termos ni bagus, sampai malam pun airnya masih panas lagi. Kalau dah sejuk selap, memang tak sanggup lah Sk nak minum,  kembang tekak jadinya nanti, hahahaha. 

Cakap dengan PI, restoran kegemaran dia dah tutup awal, esok kenalah kita masak sebab dah tak tahu kat mana nak makan. Tahulah PI tu, cerewet bukan main, semua tak kena dengan selera dan cara dia. Nasib baiklah ada bini yang tak cerewet, kalau sama-sama cerewet, lu fikirlah sendiri!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ingtkn menu dimsum sbb biasa siew msai kn dimsum...cantonese kueytiaw fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak dimsum dan siew mai tapi kami kalau ke sini memang akan ambil menu main course aje.

      Delete
  2. Iyaa, aneh kalo restoran tak sedia pepper kan. 😅

    Tapi memang suami istri itu terkadang dikasih yg saling bertolak belakang, supaya bisa saling tolerate satu sama lain.

    Saya pun tak sabaran sangat2. Tapi dapat suami super sabar. Jadinya kami saling melengkapi. Kalo tak, bisa2 saat begaduh pecah perang dunia 🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!