Assalamualaikum WBT
PAK Inche berkias-kias bertanya, jika Sk hendak masak rendang daging untuk raya. Kesian jugak sebab raya puasa hari tu Sk tak masakkan rendang dan cuma masak rendang ayam masa Jamuan Terlajak Raya di pejabat Pak Inche. Buat sekilo, jadilah.. pinta Pak Inche. Sk setuju tapi Sk beritahu tak perlu beli daging, kita guna stok daging yang ada jer sebab macam dah lama sangat simpan. Bukan sahaja daging, lengkuas, halia, kunyit, semua guna yang frozen 😁.
Pagi ahad, sehari sebelum raya, Sk defrost daging anggaran 1 kilo yang Sk kumpulkan dari beberapa bekas. Bila dia dah agak lembut dan boleh dipotong, Sk potong anggaran seinci.
Bahan kisar sama aje macam sebelum-sebelum ini, Sk kisar halus..
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2" lengkuas
2" halia
3 batang serai (serai gemuk²)
1 kunyit hidup (besar ibu jari)
1 tsp ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tsp jintan manis
Secekut cili kering, bersihkan dan rebus
Guna santan kotak aje yang tinggal lagi sekotak, hahaha. Kemudian tambahkan air dalam kotak santan tu berulang kali hingga air menjadi jernih, kacau semua dalam kuali baru nyalakan api.
Semasa proses mendidih ni, Sk masukkan gula nise dan kiub pati lembu.
Kerisik pun beli, tapi Sk lagi suka guna brand lain tak silap adami sebab lebih menjadi dan gelap warnanya.
Masukkan asam gelugor.
Masak rendang kena rajin kacau, jangan tinggal-tinggal.
Dah separuh kering kuah rendang, baru masukkan daun kunyit dihiris. Kasar betul menghiris, sebab rabun, hahaha.
Pak Inche nak rendang basah-basah. Kalau dulu dia suka kering.
Siap rendang daging sekilo.
Pak Inche beli lemang sebatang kat depan Flat Bandar Baru Kangkar Pulai. Sedap betul lemangnya, masak sempurna.
Betul Kak, rendang Tok Lin jadi hitam tu guna kerisek Adami, kalau guna yang jenama lain tu, jadi merah hahahahaha ..
ReplyDeleteTu la, yg ni tak menjadi sgt kerisik tu
DeleteSelamat Hari Raya Haji!
ReplyDeleteSalam Aidiladha, SR
DeleteSuami SA makan rendang daging dnegan nasi impit...bukan dengan lemang , memang macam tu ye SK?
ReplyDeleteYa, ada Johorean yg tak reti makan dgn lemang atau pulut.
DeleteSaya pun sama mcm PI, suka rendang basah2 lagi sedap makan dgn lemang / ketupat.
ReplyDeleteKannn.. sedap lagi basah²
DeleteSedap nya rendang daging ni. Thanks SK kongsi resepi.
ReplyDeleteSama² Mulan.
DeleteKiter pun suka rendang basah basah juga..daun kunyit pula pada saya lagi kasar lagi sedap baru la terasa🤭 Tapi bab kikis kuah rendang kat sudip tu memang win..Kadang saya kalau nak basuh kuali pun calit ngan jari Kuahblain takpa lagi..tapi kalau kuah rendang memamg..sayang ooo
ReplyDeleteHahahaha.. memang sayang apa² kuah kalau lebih, memang kikis sampai habis.
DeleteMantap!
ReplyDeleteSalam Aidiladha kita!
Salam Aidiladha, uncle!
DeleteUniknya nama sambal tuh, sambal cengeng 🤣🤣.
ReplyDeleteSaya pun kalo masak rendang lebih suka basah kak. Kalo mama sampai hitam ala2 rendang Padang . Tapi memang yg hitam lebih awet kan. Saya tak nak, habiskan gas kompor 🤣🤣