SOTO MALAM RAYA AIDILADHA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


DAH menjadi tradisi keluarga kami (tepatnya keluarga melibatkan adik-beradik), setiap kali malam perayaan selalunya ada makan besar. Kalau Hari Raya Puasa, makan besarnya semasa berbuka puasa hari terakhir Ramadhan. Hari Raya Haji lepas, ada makan besar juga dan seperti kebiasaan ia dibuat di rumah Angah.


Cikwa tak balik masa Hari Raya Haji tu sebab nak balik masa Kenduri Tahlil. Along pun sama juga, tak balik sebab banyak kerja katanya, tak boleh ambil cuti extra. Yang ada Cik Ani, mujurlah Cik Ani tak balik Ganu.


Lengkap Soto Angah dengan suhun goreng dan bergedil. Haaa.. Biasanya kalau orang masak Soto ni guna ayam kan, nanti ada ayam carik-carik tapi family kami memang masak Soto guna tulang  dan daging (Lembu) memandangkan ibu kami kan tak makan ayam. Walaupun ibu dah tak ada, tetaplah juga masak Soto guna Tulang /Daging Lembu. Percayalah, ianya lagi sedap dari Soto guna ayam. 

Kami jugak wajib makan Soto dengan nasi impit. Entah ya, Sk rasa sepanjang-panjang kami makan Soto ni memang makan dengan nasi impit tapi lepas kahwin, Pak Inche rupanya tak berapa gemar makan nasi impit jadi dia makan dengan mihun. Sk perhati, Ilham pun makan Soto dengan mihun jugak. Ah, tak kisah lah nak makan dengan apapun, janji kenyangggg!

Syukur, Alhamdulillah 😋

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SK soto di malam raya, ammi bersoto di pagi raya

    ReplyDelete
  2. Allahu sedap nya soto tu.. kalau makan semangkuk tak cukup tu huhuu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya soto tu, lama tak makan soto. Buat sendiri tak sedap 🙁

    ReplyDelete
  4. My favourite soto letak bergedil banyak2 sedapnya 🤤

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!