Assalamualaikum WBT
SELEPAS 4 hari tak masuk pejabat, hari ni rasa macam satu badan tak boleh nak angkat dari katil masa alarm berbunyi 😅. Adoi, kenapalah Sk dilahirkan comel sahaja bukan kaya-raya. Mana boleh cari makan dengan setakat comel aje, kan 🤣. Terpaksalah kerja cari wang.
Kat tepi tangga asrama nampak satu kotak, jengah ke dalam ada dua ekor anak kucing mungkin usianya dah sebulan sebab mata dah celik. Sk biar ajelah, malas nak bertanggungjawab. Ini mesti babysitternya dah keluar asrama minggu lepas untuk menjalani Latihan Industri. Lepas tu letak anak jagaan tepi tangga.
Pergi bilik air, jengah lagi dalam kotak, eh, mana pulak pergi budaknya? Rupanya dah berpindah kat bawah tangga pulak tengah tidur dalam kotak yang lebih rendah. Tak tahulah, maknya ke yang angkat letak situ, sebab kotak sebelum ni tinggi dan kecil. Bukan dia saja dalam kotak tapi ada barang-barang macam mangkuk makanan kucing dan botol makanan. Bila Sk galihkan barang-barang tu, terus keduanya menjerit-jerit dan keluar dari kotak. Kotak tu rendah sangat, senang jer dia keluar, siap kejar Sk pulak.
Nasib baik jumpa kotak lain dalam pejabat. Sk bukakan penutup kotak dan tampal seloytape bagi tinggi kotaknya supaya mereka tak boleh memanjat. Buatkan tempat tinggal baru sebab kotak lama tu dah uzur dan basah, mungkin kena hujan. Jumpa pulak alas kaki, letak di dasar kotak dan masukkan kedua-duanya dalam kotak tu, letak di sudut bawah tangga supaya tak kena panas dan hujan.
Yang mula-mula Sk pegang tu, buas jugak budak nya, hahahaha. Tak mahu lepas tangan Sk bila Sk letak dan nak ambil adiknya.
tulah... bapak nya jantan dayus la tu. dah buntingkan tinggal, terpaksa la ibu tinggal cari makanan dan tinggalkan anak anak...
ReplyDeleteHitam putih yang dalam gambar pertama tu cun juga. Rasanya tak sampai seminggu lagi ni.
ReplyDeleteBagus SK dah tukar kotak dan letak tempat lebih selamat... Comel² tu, geram tengok. Tapi cukuplah Tot sorang je, besar tanggungjawab jaga kucing ni kan
ReplyDeleteNasib baik ada mak angkat yang baik tukarkana kotak...kesian betul..
ReplyDeleteAduiii tu kang, balik tak senang duduk pulak tinggalkan.. fikir macam mana makannya, beraknya, hati tisu memang ada di bawa balik huhuhu..
ReplyDeleteKesiannya :( Ada yang masih menyusu.
ReplyDeletecomei2nya.... alahai
ReplyDelete