NASI DAGANG IKANG AYER

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 



HAMPIR-HAMPIR lambat clock in pagi tadi gara-gara singgah beli Nasi Dagang dan Nasi Minyak di Gerai Aroma Nasi Minyak dan Nasi Dagang Ikang Ayer di Taman Pulai Mutiara pagi tadi. Rasa dah sebulan gerai ni dibuka tapi tak berkesempatan singgah sebabnya setiap kali lalu, mereka baru nak menyusun meja. Kalau dah siap buka pulak, Sk dah berada di lorong kanan, baru terperasan gerai dah buka. Kadang-kadang, khemah pun belum ada. Menurut peniaganya tadi, mereka selalu terlambat buka sebab kelam-kabut hantar anak ke sekolah.



Nasi dan lauk telah siap dibungkus. Mungkin bungkus sikit-sikit dulu dan sambil meniaga bungkus lagi sebab nampak macam ada bekas lain mengandungi nasi dan lauk.


Ceduk lauk sikit-sikit sebab tak ada pinggan kat pejabat, nanti melimpah pulak kuah gulai ikannya.


Gulai ikan ayer style Terengganu. Ikannya dimasak dahulu dan masa nak bungkus baru dibelah isinya. Di tekak Sk sedaplah nasi dagangnya, berasa.. kuah gulai pun sedap, boleh repeat tapi risikonya nanti sangkut jammed pulak, hihi. Nasi minyak nanti temgahari kita update macam mana pergi dia, mula rasa nak hantar kat pejabat PI tapi macam malessss pulak nak gerak, hahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Issh sedapnya liat kuah kari itu kak 😍😍😍. Pengen juga coba jadinya kan. Di sini ada nasi dagang juga ternyata, khas riau. Tapi kemarin saya coba tak terlalu suka. Kurang berbumbu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!