MAK TAK MENGAKU ANAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


RENTETAN dari penemuan dua ekor anak kucing semalam. Sk setuju dengan komen Blogger Faizal R, anak kucing tu baru seminggu. Mungkin nak masuk dua minggu la, bukan sebulan. Kecik sangat nak kata sebulan tapi semalam laju jugak dia lari kejar Sk, hahahaha.


Di asrama ni setahu Sk, beberapa minggu lepas, ada seekor mak kucing yang macam baru beranak. Ia satu-satunya kucing betina dewasa kat sini dan dah beberapa kali juga beranak. Kerjanya bunting, beranak, bunting beranak, badan kurus jer. Kadang nak hantar kembiri, tapi belum sempat hantar, dah bunting semula padahal anak dia kecik-kecik lagi. Mana taknya, abang kawasan kat sini asyik terliur aje menengoknya, hahaha. Anak-anak yang dilahirkan kebanyakan tak panjang umur atau hilang macam tu aje, huhu. Apa yang Sk mampu cuma bagi makan sajalah, nak hantar klinik swasta? Kucing-kucing Sk pun semuanya Sk hantar Program Kembirikan Haiwan Jalanan kecuali Tino, Sk hantar ke klinik swasta untuk dikembirikan.


Jadi, anak-anak kucing semalam, Sk fikir memang anak mak kucing tu. Sk tak nampak mak kucing lain kat sini, lagilah yang macam baru beranak, memang dia. Selamba tinggalkan anak, rilek-rilek tidur, penat agaknya. Tengahari semalam,  Sk bagi lah anak dia suruh susukan, eh, dia macam terkejut dan kelam-kabut lari. Dua kali percubaan dia lari seolah-olah itu bukan anak dia. 


Budak dua ekor tu dah terciap-ciap lapar susu. Belas hati menengok nya. Lepas zohor, Sk ke Pet Outlet, tujuannya memang nak beli pasir kucing jadi kita belilah botol susu dan susu tepung untuk kitten. Nasib baiklah mur-mur aje susu (RM9.50) dan botol (RM5). Lepas tu pasir kucing dapat potongan RM5 dengan apa-apa pembelian, jimat jugaklah, biasa Sk cuma beli pasir (RM30) aje kat Pet Outlet tu.



Adushhh.. terpaksa bancuhkan susu.


Tak pasal-pasal jadi ibu susuan. Punyalah risaukan dorang lapar sampai sendiri pun tak sempat nak makan tengahari tau. Mujurlah pagi tu, Sk bawa bekal mee goreng tapau dari Mamak Kayangan.



Lepas tu dok risaukan budak-budak ni malam-malam lapar dan tak ada maknya jaga, tak pasal-pasal bawa balik pulak 🫣.



Adoi, siapalah sebenarnya mak engkorang nih??? 


Tapi, kannn...dorang tak nak sangat susu tu. Tak tahulah pasal tawar ke (takkan nak kena rasa pulak), puting botol tu pulak besar dan tak lembut sangat. Kesian oi, sampai yang seekor tu nak mengemping ngan kakak dia. Kakak dia pulak, hisap dia punya sendiri sampai bengkok badan, sedih tengok. 

Errr... mana kau tau siapa adik, siapa kakak ni, Sk? Hahahaha.. agak-agak jer. Tapi, kan.. Pak Inche tataw tau Sk bawa balik budak-budak ni. Sk tak cakap sebab mesti dia tak bagi punya  pasal tak mahu kucing-kucing kami merajuk. Pagi tadi, angkat balik kotak masuk dalam kereta diam-diam, hahaha.


Nampak mak kucing ni, lepas bagi makan, Sk masukkan dia dalam kotak. Dia tak nak jugaklah macam semalam, Sk paksa tekan badan dia jangan lompat keluar. Bila dia dah duduk, Sk usap-usap sebab Sk pasti sangat, memang dia la mak budak-budak ni. Lama-lama dia mengalah, dan mula hidu badan budak-budak ni, betul ke anak aku?



Syukurlah, akhirnya dia terima anak-anak dia kembali. Tak tahu kenapa semalam dia tak nak, huhuhu. 


Harap baik-baiklah jaga anak lepas ni. Kucing kat rumah Sk pun dah curious semalam dengar suara anak kucing dalam bilik. Sibuk nak intai-intai terutama si Obit dan Elang, hahahaha. Sk syak PI pun dengar jugak tuuuuhhhh sebab dia macam gelisah macam mencari sesuatu, nasib baik dia tak masuk bilik tengah, hahahaha.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kenapa pulak tak terima anaknya tu?....tiba2 hilang ingatan agaknya mak kucing ni. Nasib baik akhirnya terima kehadiran anak-anak kucing tersebut.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha pandai Akak seludup bebudak tu ea tanpa pengetahuan PI LOL! Kucing memang macamtu Kak, mula beranak kalau dah ada orang tau tempat dia akan lari, nanti orang dah takde, sesilap dia plak bawa lari anaknya

    ReplyDelete
  3. kelakar la SK ni...boleh seludup ye..nasib PI x mengamuk and x jumpa kesan...apapun bagus la ibu budak2 tu dah ada..kesian x cukup susu...

    ReplyDelete
  4. Struggle jugak akak nak yakinkan mak kucing tu anak-anak dia. Kesian dekat anak-anak dia lah tak nak susu lain.

    ReplyDelete
  5. Aduh, kesian mak tak kenal anak..Dah terlalu Banyak sangat anaknya sampai tak kenal kot 😂 Kena bawak jumpa Doktor jugak ni kalau betul betul tak ngaku anak 😂 Alhamdulillah, disatukan semula oleh kak Seri..Semoga terus sihat Dan bahagia mereka sekeluarga ya❤️💜 Selamat jugak kak SK yang jumpa Dan bawa balik ✅

    ReplyDelete
  6. Hahahahahha kalo PI tahu macam mana kak , 😄?

    Kenapalah lagi musim nampaknya ibu kucing lupa dengan anak. Ini di teras rumah saya ada anak kucing 2 ekor. Ibunya td ada. Tapi tetiba hilang pula skr. Ditinggalkan anaknya dengan saya. Tak mungkin bawa masuk, Krn saya ada 4 kucing indoor. Akhirnya saya taro di teras. KSH makan minum yg lembut sikit. Biar bisa dia makan. Kalo usia dah besar sikit nak sterilkan. Biar tak sibuk beranak memang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!