Assalamualaikum WBT
SEBELUM Iman balik ke kolej Jumaat lepas, dia datang jemput Sk di kolej dan kami makan tengahari dulu di Velvet Cafe yang terletak di Nong Chik Riverside. Kafe ini sederet dengan Ashhryshoshedap dan Ayam Gepuk Pak Gembus tapi lain blok. Oh, dia sebelah aje dengan Restoran Mahgoub.
Belek-beleklah dulu menu tetapi pesanan dibuat dengan menggunakan aplikasi restoran melalui imbasan kod QR.
Terpesona dengan hiasan dalam restoran tapi sebab restoran penuh, segan la nak ambil gambar sekeliling.
Kita snap pic duta blog Alam Sari Tanah Jauhar jer laaa.
Geram tengok kek.
Kita ambil tiramisu sebab baca kat threads ada yang kata tiramisu dia lagi sedap dari dot dot dot CBTL punya.
Tiramisu (RM17.90) dia datang dengan susu yang ditaburi serbuk kopi.
Spicy Creamy Tomyam Pasta (RM22.90) pilihan Iman.
Sk dah agak bila baca ada menu ni, mesti Iman pilih punya!
Sos pastanya pekat berkrim dan rasa tomyam tu amat menyerlah. Spaghetti direbus hingga al dente, Iman suka sangat. Porsi dia pun cukup kenyang, tak lebih tak kurang. Untuk spaghetti tomyam ni, dia letak udang sahaja. Ada satu lagi letak seafood dan mushroom, tu harga dia beza sikit.
Tiramisu bukanlah dessert baru, kan. Dulu-dulu zaman rajin, Sk pun pernah buat tiramisu, boleh tengok KAT SINI. Sk belum pernah cuba lagi tiramisu kat CBTL tu, tapi rasa pelik jugak la, dorang tuang krim dahulu ke atas tiramisu. Biasa tiramisu ni kita ngap terus, hehe.
Gambar sebelum tuang susu kat tiramisu.
Kita ikutlah trend, tuang susu sebelum makan. Okey, Sk dah faham konsep tiramisu di Velvet Cafe ni. Rupa-rupanya biskut lady finger tu masih dalam bentuk biskut, jadi kita tuang susu tu supaya dia lembut. Boleh rasa tekstur biskut yang tak kena susu tu masih rangup, tapi yang kena susu tu pulak sudahnya jadi lembik. Resipi asal, biskut tu kita kena celup dulu dalam air kopi baru susun dalam bekas dan letak adunan krim keju. Keju pun guna mascarpone cheese yang lebih afdhal.
Minuman dia sampai lewat dari makanan, hihi.
Kiri - Sunrise (RM13.90) untuk Iman, kanan - Butterfly Pea (RM13.90) untuk TTK. Sunrise tu sedap lagi, ada rasa soda.
Sk pilih Chicken Lasagna (RM19.90). Lama jugak tunggu dan bila sampai, rasa sangatlah kecewa melihat cara ia dihidangkan. Dahlah kecik aje, lepas tu letak dalam bekas aluminium foil ni. Kalau macam ni, baiklah SK beli lasagna frozen lepas tu bakar aje dalam oven kat rumah.
Tu takpe, dia hidang dalam piring sama untuk letak dessert, terus tak ada variasi dalam gambar dan terus tak ada mood nak gayakan hidangan ni. Nasib baiklah lasagna tu sedap juga, tak kedekut inti dan keju, sampai kena tarik tinggi dan gulung dengan garfu baru keju dia putus, hihihi.
tengok tiramisu tu terus rasa nak pi CBTL makan tiramisu..hari tu pergi bleh habis plak..viral kot ye...menu Iman tu nampak sedap..biasa pasta SA pun suka ianya di masak al dente..kalau kembang sangat x best
ReplyDeletecantik cafe nya...byk pilihan kek...lasagna dia fresh from the oven, x buang aluminium foil...sib baik sedap..
ReplyDeleteGeram tengok semua menu tu
ReplyDeletetula sana sini tiramisu viral...padahal dh lama kita buat hehe...yg tiramisu CBTL tu sold out je..dh la skit je stock masuk...asyik dok lalu lalang je..pekat btul kuaj pasta tu
ReplyDeleteermm kak ana pun suka kalau singgah makan desserts cafe gini, nampak tiramisu tu sedap sangat.. harga pun reasonable sangat :)
ReplyDeleteBest lepak cafe cantik camni... Nak makan pun rasa santai dan selesa je.
ReplyDeletePastu Iman tu mmg nampak menarik 👍🏻
Nampak mesin kopi di belakang Iman. :D
ReplyDeleteTiramisu ni kek kegemaran Cie sejak dulu. Sekarang viral ek nampak asyik lalu lalang je kesah tiramisu ni.
ReplyDeleteBanyak nyer kek... rambang mata nak mencuba semua hahahahaaa :D
ReplyDeleteooo mentang2 tiramisu tengah viral hahaha
ReplyDeletesebelah cheese cake yg warna hijau tu kek apa? matcha kek ke?
Kita pun geram tengok kek-kek sedap tu. Saya belum ikut trend lagi sebab kurang minat tiramisu kot. Kalau kek tiramisu okay lagilah. Jenis biskut ni kurang sikit. Spicy Creamy Tomyam Pasta Iman tu nampak sedap. Kalau saya pun pilih tu kot. Suka jenis pasta creamy-creamy ni. Tak creamy tomyam, salted egg atau carbonara.
ReplyDelete