TAPAU SHAWARMA MAHGOUB

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 




TARIKH pada gambar, 24 Julai 2024 (Rabu). Tak ingatlah apa punca Iman ikut Sk ke pejabat hari tu, hahaha. Oh oh.. dah ingat. Iman ikut Sk ke pejabat, kemudian dia balik ke kolej sebab nak ambil sebahagian lagi barang-barang di kolej kerana cuti akhir semester yang mana pelajar yang terlibat perlu mengosongkan bilik asrama. Semester depan, Iman akan bertukar kolej kediaman, insyaAllah, Iman masih duduk dalam kampus.




Petang tu, Iman jemput Sk balik. Sk ajak Iman pergi Restoran Mahgoub yang baharu dibuka di Nong Chik Riverside. Restoran Mahgoub ni konsepnya adalah restoran makanan segera (Fast Food). Menu-menu yang ditawarkan sama seperti kiosknya yang berhampiran dengan Hospital Sultanah Aminah juga iaitu shawarma. Kini, selain shawarma, RM juga menawarkan menu burger dan ayam goreng.


Terdapat dua pilihan inti shawarma iaitu daging lembu dan daging ayam. Kemudian boleh pilih lagi, nak yang special, cheese atau original. Kami ambil special yang mana ada kentang goreng dalam balutan shawarma tu padahal side dish pun dah ada kentang goreng, apo makan kentang banyak-banyak, badan pun dah rupa kentang, hahaha.

(Yang dalam gambar baju sukan sekolah biru tu, bukan Iman tau, tapi macam Iman masa sekolah-sekolah dulu, haha)




Besar dan luas restorannya. Masa kami datang ni agak lengang, mungkin waktu orang pulang kerja. Pernah Sk lalu depan ni tengahari dan malam, boleh tahan juga ramai.




Tapi, Pak Inche kata, dia belum makan nasi pulak. Sebelum sampai rumah singgah dulu Restoran Tomyam Permit, tapau nasi daging merah sebungkus. PI makan nasi dulu, malam sikit baru dia makan shawarma, tapi tak habis, besar sangat dia kata. Memanglah, dah lepas makan nasi, mana mahunya nak masuk shawarma lagi dah. Yang lagi separuh tu, lusanya kot, Sk bawa pergi office buat sarapan. Biasalah, kan.. kita kan sub-Majlis Bandaraya.




Eh eh.. sorry.. lupa camera eat first. Dah makan hampir separuh baru teringat belum ambil gambar lagi, hehehehe.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. baru tgk kat tiktok...siapa gerangannya Nong Chik tu. itu worang banyak kayalah

    ReplyDelete
  2. Best tempat makan macam ni, selesa. Zaman study ni kalau dapat duduk kolej dalam kampus memang best. Lagi-lagi kalau sampai akhir sem. Kena aktiflah tapi.

    ReplyDelete
  3. JD teringin makan kebab wrap begini 😍😍. Praktis .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!