MAKAN DI RESTORAN GHATAH SIPUT BAKAQ @ KUALA PERLIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


HARI kedua di Perthlis, kami all out, pulun habis la program jjcm sebab esok paginya dah nak balik. Aktiviti kami hari tu..


Sarapan di Warung Ali Kopi dan Jalan-Jalan ke Nat Pokok Getah


Jalan-Jalan Naik Choley di Kampung Warna-Warni


Makan di Sadiah Cafe


Mengopi di Moconis Coffee



Sehabis mengopi, kami pergi makan malam di Restoran Ghatah Siput Bakaq yang terletak di Kuala Perlis juga, tak jauh dari Dataran IMAB. 


Ia dibuka setiap hari dari jam 4.30 petang hingga 9.00 malam. Mungkin 9.00 malam tu waktu akhir membuat pesanan.


Siput Harimau. Bentuknya macam siput gonggong tapi bercorak macam corak badan harimau. Cara keluarkan isinya pun sama macam nak keluarkan isi siput gonggong.



Bahan mentah semua dia dah pek dalam kotak atau letak dalam mangkuk macam ni la, bukan kita pilih, ceduk dan timbang macam di kebanyakan tempat. 


Belangkas pun ada tapi mengenangkan cuma Sk sorang yang makan belangkas, jadi tak ambil la.







Ada menu combo dan menu ala carte jugak. Pilih pilih pilih, tepuk dada tanya selera. Buat pembayaran terus di kaunter juruwang,  kita akan diberikan buzzer, bila makanan siap boleh ambil di kaunter. Begitu juga minuman, ambil terus juga di kaunter minuman. 


Disebabkan kami datang ni bukan hari minggu, nampak suasananya agak teratur, minuman terus siap dan boleh diambil. Boleh duduk di mana-mana meja kosong.


 Walaupun tak ramai, tapi meja-meja yang berhampiran laut ni agak penuh jugaklah. Seronok sangat dapat duduk makan tepi laut ni.


Meh layan view yang susah nak move on ni, hihi.



Tak lama kemudian, buzzer kami berbunyi. Baru jer angkat punggung nak ambil makanan, tengok staf dia dah datang hantar. 


Pertama kali pesan menu shell out ni. Mentarang dia besar betul ya. Selain mentarang ada kupang, kerang dan siput harimau. Ni Sk makan berdua jer dengan PI, Iman tak gemar sangat makanan laut bercengkerang ni kecuali siput gonggong yang plain.


Sotong Goreng Tepung dia sedap sangat. Tepungnya rangup dan sotongnya lembut.



Siakap boleh pilih sama ada nak goreng tepung atau bakar. Sedap perapan ikan siakap ni, tak cicah air asam pun tak apa. Rasa air asam dia macam sambal belacan sikit.


Sk dan PI jer yang ghatah lauk, tak makan nasi. Iman jer yang makan dengan nasi sebab dia seketul yang tak pandai meratah lauk, hehehehe. Lepas makan, terus balik hotel tapi nampaknya kali ni betul-betul kami jer tiga beranak yang menginap di Elissa Hotel & Suites. Cuma tak macam malam sebelumnya, kali ni, lampu menyala semua dan staf pun ada di front desk. Legalah sikit, Sk fikir agaknya ada tamu yang dah buat tempahan untuk daftar masuk malam tu. Berapa kali jugak ingatkan Iman, masuk bilik terus kunci sekali malam tu, dia minta laundry bag (sebab hotel tak sediakan) pukul 11 malam, Sk suruh PI hantar terus kat bilik dia. Tu la, leceh tak dapat bilik connecting ni, tapi syukurlah, dua malam di Elissa Hotel, semua baik-baik belaka, hehehehe. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ada menu combo senang tak payah pening kepala fikir nak makan apa.

    ReplyDelete
  2. Waaa best nyerrr.... kita puun tak tahu tmpt ni... insyallah balik kg perlis nanti kena singgah sini .... tak sabar nak rasa sipu harimau tu hhihiii..

    ReplyDelete
  3. tengok siput harimau tetiba nak try rasa... macam menarik je...
    agak2 kat kl ni ada tak siput harimau? hahaha

    ReplyDelete
  4. Mengimbau kenangan saya waktu kecil, makan di Kuala Perlis. Dulu, kedai makan yang lanjut sampai atas laut ni, takde jual siput atau makanan laut. Semua kedai jual laksa kuala perlis. Best, kan. Dengan anginnya. Alamak, bila la nak pi Perlis balik ni.

    ReplyDelete
  5. SK, kalau ada rezeki kami jalan-jalan utara, hendak jugalah singgah sini.
    Dua kali tonton video tu sebab nak baca tulisan di banner tu...ingat bendera ke apa, rupanya Ghatah Siput Bakaq!
    Unik betuiii!

    ReplyDelete
  6. Mahal view makan-makannya tu SK, cantik warna senja.
    Saya tak makan siput, tapi nampaknya boleh datang makan ikan dan sotong.
    Baru tau ada Siput Harimau, cantik coraknya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!