MAKAN RENDANG NYET BERAPI DENGAN NASI IMPIT EKSPRESS

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT 



DAH berapa hari sampai Rendang Nyet Berapi ni tapi tengok Imannya tak makan-makan lagi. Aik, takkan nak simpan buat kenangan kot. Rupa-rupanya Iman kata, nak makan dengan bonda.  Tu takpa, nak minta Sk buatkan nasi impit pulak nak makan dengan RNB ni. Mujurlah dia tak mintak nak makan dengan pulut kuning, hihihi.



Bahan-bahan rendang dinyatakan pada label boleh dikatakan menyamai hampir 90 peratus resipi rendang Sk dan mak-mak di seluruh Malaysia, kan. Cuma Sk tak masukkan buah keras. 


Semalam, Sk pesan dengan Iman, masak nasi pukul 5.30 petang. Sukatannya, 1 pot beras, 3 pot air untuk buat nasi impit. Sk sampai rumah, tengok wap periuk nasi sedang naik tinggi maknanya dah mendidih. Tak lama, ia dah kering, terus keluarkan periuk dan lenyek nasi lembik tu dengan anak lesung yang dibalut plastik. Lepas tu, masukkan dalam acuan kuih lompang, tekan tekan tekan, dapatlah 8 biji nasi impit.


Rendang ni tak perlu dipanaskan sebenarnya tapi Iman rendam jugak sekejap dalam air panas. Nampak berminyak tapi taklah banyak sangat. Mungkin nasib jugak ada pembeli yang dapat minyak banyak sangat katanya. Kita gaullah minyak ni rata-rata dengan rempah rendang. Ni gambar sebelum digaul rata.


Nak kata berapi tu, tidaklah kot. Rendangnya pedas-pedas manja jer.
 Kalau tanya Sk, sedap atau tak, bagi Sk sedap, sama macam kebanyakan rendang sedap yang Sk pernah makan. Iman kata, sama dengan rasa rendang bonda. PI pun kata sedap tapi yang paling utama dan penting, tak manis, tak rasa pengawet atau rasa plastik atau rasa besi. Kadang-kadang makanan ready to eat ni ada rasa atau bau yang pelik macam Rendang Ayam Maman Omak Jenny.

Tapi tu laaa, untuk orang yang pandai masak rendang sendiri macam Sk ni, rasa mahalnya rendang dengan ayam pun potong kecik-kecik dalam tu, adalah dalam 6 - 7 ketul kot. Tapi, kalau jual murah, macammana pulak KA nak bawa staf dia pergi bercuti, nak bagi duit belanja lagi, duit raya lagi. Tuuuu.. belum lagi nak bawa 10 orang pergi New Zealand. Hampa pikiaqlah sendiri. 

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. boleh dibawa travel overseas ni..mudah n cepat dimasak... alah membeli menang dimakan...hehehe...

    ReplyDelete
  2. cute je nasi impit bulat2 gitu....mkn plak dgn rendang nyet

    ReplyDelete
  3. SK punya version nasi impit memang comel2 la...SA x beli lagi..tunggu mood membeli sampai kot...

    ReplyDelete
  4. Oh gitu ye buat nasi impit express... tak terfikir pulak sbb tak dekat rumah ni tak brp gemar nasi impit. Tapi kalau pulut kuning makan dgn rendang confirm licin :D

    ReplyDelete
  5. Kita kadang nak rasa je camne kan. pastu dah puas hati dah la bila dh rasa tu. Yelah kita yang dah biasa masak rendang mesti rasa mcm baik masak sendiri puas hehehhe

    ReplyDelete
  6. Comel nasi impitnya.
    Belum pernah makan rendang KA. Memang sesuai tu bawa travel.

    ReplyDelete
  7. Layan jugak tu makan dengan nasi impit. Kalau ada pulut kuning lagi layan tu.

    ReplyDelete
  8. Lahhh awatlah tak habaq nak makan dengan bonda. Mujurlah bondanya tanya. Terus mintak nasi impit ek. Nasi impit tradisional lagi sedap tu, makan pulak dengan rendang yang kena dengan selera. Ada juga yang review kata leaking. Mujurlah yang Iman dapat ni tak leaking. Sedap lagi makan dipanaskan. Ye lah kan, kalau ready to eat harganya tak dinafikan mahal dan sikit je. Kosnya pun modal besar, takkan nak jual murah. Untung tu banyak juga nak digunakan untuk lain-lain. Hihi...

    ReplyDelete
  9. 😄🤭. Ya juga yaaa kak. Apalagi dia selebritis . Dah punya nama besar, mahal tuh. Perlu masukkan juga dalam perhitungan harga jual 😁

    ReplyDelete
  10. Nak beli tapi terlepas hari tu. Antara product khairulaming yang rasa nak try ini hahaa. Macehhhh for review akak

    ReplyDelete
  11. kiranya terer juga laa tu dapat battle rendang ni...
    sy tggu bln dpn je laa baru beli
    sbb mmg ada plan nak bawa jln2

    ReplyDelete
  12. Saya pun x suka makanan ready to eat ni bau dan rasa pelik...mungkin proses retort tu buat rasa jadi pelik....masak rendang sendiri rasa lebih berbaloi..just 2 cents..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!