Assalamualaikum WBT
ALAHAI, sekejap aje dah hari isnin. Pagi ni macam sedih jer nak keluar tengok kucing-kucing kena tinggal. Semalam satu hari duduk rumah, kan. Asyik minta makan jer memasing. Sk kalau duduk rumah memang bagi makan sikit-sikit. Kalau hari kerja, letak semangkuk terus, kesian dorang makan makanan dalam mangkuk sama dari pagi sampai petang. Tu pun biasa balik dah licin mangkuk. Berlari masing-masing ke dapur setiap kali Sk balik kerja. Tu belum lagi kalau kena tinggal dua tiga hari, mesti dorang pasrah aje makan kibbles dah masuk angin, huhu. Bonda sorry tauuuu.
Kisah khamis minggu lepas, Sk dan PI pergi makan di Richdessert yang terletak di Taman Sri Pulai. Yeahhhh, akhirnya ada jugak cafe viral yang dibuka dekat dengan rumah. Cafe ni baharu sahaja dibuka dan dah mula tular. Masa kami datang tu semua meja penuh dan Sk ada nampak post dari owner yang mereka tak menjangkakan dapat sambutan yang meriah.
Pesanan makanan dan minuman kena buat terus di kaunter dan terus bayar. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja oleh staf. Tu la tu jer masalahnya, kaunter tu macam sempit sikit sebab depan kaunter pun ada meja makan. Tu takpa, kalau datang 5 orang, 5 5 orang beratur sebab nak pilih menu, kan. Ni gambar dari owner.
Sebelum buat keputusan untuk ke sini, berkali-kali Sk tanya PI, boleh ke dia makan kat sini, risau PI tak selesa duduk kerusi meja macam ni. Nanti sakit pingganglah, kaki tak boleh tegak la, sempit la, macam-macam. Ni pun gambar dari owner jugak.
Dari carian Sk, Richdessert sebelum ini menjual dessert dan chicken tenders. Mereka baru-baru jugak jual makanan berat seperti pasta dan nasi goreng tapi secara take away. Awal November ni la baru mereka memulakan dine in. Sk nak beli chicken tenders ni, dah habis pulak.
Lemon panas untuk TTK dan Lemon sejuk untuk PI.
Nampak stress jugak muka PI tengok menu sebab tak ada makanan yang dia suka. Nasib baik dia berkenan nak makan mee celup kalau tak terpaksa la cari kedai lain. Dannnn.. nasib baiklah dia kata, mee celup tu sedap. Untuk mee celup ada pilihan beberapa jenis mee dan untuk daging boleh pilih daging lembu atau ayam. Boleh juga campur.
Ni laaaa yang Sk mengidam sangat nak makan, Smoked Duck Pasta (RM19).
Pastanya merupakan spaghetti yang direbus sehingga al dente, dimasak bersama sos yang pedas lemak berkrim. Boleh rasa sos tu dimasak from the scratch. Rasa pedas tu bukan datang dari chili flakes tapi memang dia guna cili padi merah yang dicincang halus dan ada juga hirisan cili yang kasar. Sos pasta sederhana kepekatannya membuat ia melekat pada pasta.
Potongan daging itik tu tebal-tebal tapi lembut dan empuk ya. Banyak pulak tu, berbaloi harganya RM19. Salad alfalfa tu, jadikan gabungan rasa yang unik sebab alfalfa tu rangup macam taugeh, hehehe. Sampai sekarang tak boleh move on la, memang sangat-sangat sedap. Pasti repeat!
Cuma agak tidak selesa la benarnya bila makan dengan meja dan kerusi ala camping ni, kan, sebab lutut kita separas dengan meja. Dah kena kangkang sikit nak suap makanan takpun kena tatang pinggan nak bagi senang menyuap. Mungkin lain kali datang, Sk akan tapau jer, makan kat rumah. Richdessert dibuka setiap hari kecuali Selasa, 5 petang hingga 11 malam. Ni pun gambar dari owner jugak.
RICHDESSERT
11 Jalan Meranti 19,
Taman Sri Pulai
JOHOR BAHRU, 81110 JOHOR
Waktu perniagaan: Setiap hari kecuali Selasa
5 pm - 11 pm
Alhamdulillah
ReplyDeleteSelamt menjamu selera.
Selamatttt sudah, hihi.
DeleteSk boleh beli automatic pet feeder, boleh set masa dan berapa portion kibbles keluar. Brand Rojeco beli kat Shopee. Mahal jugaklah tapi pelaburan berbaloi untuk anak bulu. Lega saya sejak ada benda alah tu dah tak payah upah orang datang dua kali sehari untuk bagi Jojo makan bila kami out station. Sekarang cuma mintak datang beberapa hari sekali untuk check semua dalam keadaan baik.
ReplyDeleteSalad alfalfa namanya. Tak penah makan, pernah nampak di pasaraya je. Nampak menarik smoked duck pasta SK tu lah!
Saya pun rasa tak selesa nak makan makanan berat kalau duduk kerusi camping. Kalau makanan ringan sambil borak santai tu sesuailah. Pernah jugak terjadi depan mata saya, pelanggan duduk kerusi gini lepas tu patah pulak, jatuh terduduk orang tu. Kesian dia.
Sy ada letak satu food feeder yg manual, tu pun ada sekor dah conquer. Kalau letak yg auto feeder, bimbang nanti bila kibbles jatuh semua berebut dan terbalik feeder tu, hihi. Kucing sy 7, kalau sekor dua okey kot nak guna.
DeleteSakit dapat, malu pun dapat kalau jatuh dari kerusi kat kedai makan, kan.
Ohh…ramai anak bulusnya. Faham… 😄
DeleteNasib baik PI dapat makanan pilihan walau rasanya mcm jarang je PI makan mee celup...cuma tu la..SA tengok gambar meja tu pun rasa x selesa
ReplyDeleteBetul, PI jarang² nak makan mee celup, hihi.
Deletetak selesa meja macam tu, yang meja bulat kat dalam pun, tak boleh lebih 2 orang.. nak letak makan dengan air pun dah penuh.. hihihi
ReplyDeleteso creamy pasta smoked duck tu
ReplyDeleteMurah betul spageti itik salai itu. Suka pula kata ada pedas sedikit.
ReplyDeleteAgaknya tuan punya kedai mesti dapat aduan tidak selesa makan dengan dengan kerusi untuk berkhemah.
Sian anabuls. Tapi kan ada kucing taknak makan makanan lemau. Baguslah dorang makan juga. Lapar punya pasal kan.
ReplyDeleteRisau kan kalau tak kena dengan selera Pak Inche'. Dia punya cerewet bab makan bukan biasa-biasa. hihi..Mujur Mi celup sedap. Saya rasa pun macam tak selesa duduk di kerusi dengan meja camping.
Nampak sedapnya smoked duck pasta tu. Bagus kalau berbaloi harga dengan rasanya. Tak kecewa. Repeat tu pastilah kalau dah sedap.
Terbayang lah wangi aroma smokey dari duck 😍😍😍😍. Apalagi saat baca sausnya yg creamy dan pedas. Memang sukaaa saya.
ReplyDeleteTp betul kak, kalau kursi macam tuh, tak selesa utk duduk makan