JAMUAN ROTI JALA KARI AYAM DI RUMAH CIK ANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


HARI Jumaat yang sama hari Sk pergi makan dengan Angah dan Cikwa di Restoran Kueh Bakor tu, pagi-pagi tu, Cik Ani dah whatsapp ajak datang rumah dia petang. Cik Ani nak buatkan Roti Jala untuk kawan dia yang nak pergi umrah, jadi, dapatlah kami tumpang semangkuk, heheheh. 



Menurut cerita Cik Ani, sebelumnya kawan dia ni ada menempah roti jala tapi Cik Ani sub dengan penjual roti jala lain. Bila anak kawan Cik Ani makan, dia kata ini bukan macam roti Jala Cik Ani buat, tu la tu, terpaksalah jugak Cik Ani sendiri buatkan. Disebabkan hujan Cik Ani hantar guna lala move.




Kari Ayam untuk dikawankan dengan roti jala. Seperiuk besar Cik Ani masak kari ayam.



Sk tapau Mihun Goreng Tauchu dari kantin Kak Sab pagi tu, simpan dalam esbox. Sebelum makan suruh Cik Ani hangatkan dulu.




Minum petang kami, Roti Jala Kari Ayam dan Mihun Goreng Tauchu.



Roti Jala Cik Ani memang sedap. Walaupun digulung tapi tekstur roti jala tu masih kekal. Kadang Sk jumpa roti jala yang digulung terlalu ketat sampai jadi padat roti jalanya macam lempeng yang digulung.


Mesti kembang hidung Cik Ani baca ni. Cik Ani silent reader blog Sk ni tau.




Kepekatan kuah kari ayam tu ngam jer, bila dituang kuah melekat dengan roti jala.



Cik Ani bancuhkan Kofi Daifi. Pertama kali Sk minum kopi ni, sedap.. dah la lama tak minum kopi 3 in 1.



Dekat grup taman Cik Ani, ramai yang meniaga makanan. Ni haaa.. Cik Ani order cream puff. Pun lama tak makan ni.



Makan kat situ pun ya, tapau bawa balik pun ada juga. Begitulah adik-beradik, hehehe. Teringat dulu-dulu kalau pergi kenduri-kendara rumah mak sedara, balik tu nanti menapau la, memang disuruh. Tapi tu, lepas semua tetamu dah balik la, kan. Tu pun bukan kita datang makan jer wak, kita tukang basuh pinggan, silap-silap dengan periuk belanga kita cuci, huhuhu.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cantiknya roti jala tu. masih nampak jalanya bila dah gulung

    ReplyDelete
  2. Cantik betul kejadian roti jala dan karinya tu..lama dah SA x makan roti jala..lama gak adik2 x menjala...masing2 sibuk dengan urusan masing masing dh...

    ReplyDelete
  3. The way you explain a complex topic in an easy-to-understand way is really impressive. Keep it up.
    carton box
    display box
    food packaging box

    ReplyDelete
  4. sedapnya roti jala.. cantik je nampak.. lama dah tak makan roti jala.. auto kena cari petang ni kat pasar malam..

    ReplyDelete
  5. Roti jala dengan Kari memang sedap padu.

    ReplyDelete
  6. Sodapnya roti jala kak, dapat kuah kari y ang pekat2 memang ngam la

    ReplyDelete
  7. Memang nampak cantik roti jala Cik Ani ni, sesuai buat meniaga. Kalau PH punya roti jala takat makan anak beranak je la 🤭
    Rezeki SK, adik beradik dekat²...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!