KELAPA & PISANG DARI KAMPUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


PANAS cuaca di JB ni sejak hari sabtu lepas. Matahari memancar-mancar walaupun dah petang. Tu takpa, perut pulak manjang lapar. Bestnya la kan kalau petang-petang dapat makan cekodok pisang dan minum air kelapa, nikmattt.



Ni bukan kelapa hari ni tapi kelapa yang dapat masa kenduri kat kampung tuari. Oh, satu lagi silap, nama kampung sebenar ialah Kampung Sri Merlong ya, bukan Belahan Tampok. Tapi, dekat-dekat dah dua kampung tu. 



Dah dua tiga hari baru datang rajin nak kopek kelapa. Tunggu PI buat, tak buat-buat, akhirnya Sk buat. Tak tahu siapa salah, kelapa layu atau parang tumpul.



Jahanam terussss.. hahahaha.



Dapatlah jugak air kelapa segelas tapi lupa nak snap pic air kelapa dalam gelas. Rasanya itulah air kelapa paling sedap, manis dan wangi.



Isi kelapa lembut. Bersabut-sabut kelapa pandai sangat tukang belahnya, hahaha.



Yang dah pecah-pecah ni pun kita pungut la, sayang.



Dapat pisang jugakkan. Pisang tu dah masak, Angah buatkan jemput-jemput, tapi....



Kena goreng sendiri. Sk tambah sikit tepung beras.



Sambil goreng sambil ngap. Gambar yang dalam tupperware pink tu yang tak letak tepung beras. Angah memang pesan suruh tambah tepung tapi tepung gandum habis, tu la tu tambah tepung beras, hehehe. PI layan sambil tengok bola kot, tahu-tahu dah habis. Nasib Sk dah bedal dulu sambil goreng, huhuhu.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bukan senang nak belah kelapa. Saya pun tak reti. Tengok orang kedai buat sap sap soi je, 3 kali katok udah selamat terbelah kelapa.
    Sedapnya cokodok. 😋

    ReplyDelete
  2. Betul betul. Cuaca panas membahang betul. Kalau dapat cekodok pisang san air kelapa memang best betul rasa. Ya ampunnn..lagu tu terus naa nak kupas kelapa. Rasanya parang tumpul tu. Risau pulak kita tengok tak beralas. Risau tertakuk tiles. hihi...
    Alhamdulillah dapat juga minum air kelapa fresh. Tapi sebiji kelapa sikit je airnya tu.
    Kita ni tukang masak kadang dah kenyang dulu. Lama pulak rasa tak mencekodok pisang.

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak belah kelapa..tu mcm nak menuju ke kelapa tua tu SK..sbb tu bersabut...dannisi sedikit keras kan...xpe la buat ghaso2 kataborg..SA pun failed kopek kelapa

    ReplyDelete
  4. Kena pakai parang betul2 tajam tu. Tapi ok la effort membelah tu berjaya la jugak.

    ReplyDelete
  5. mengikut kajian saya.. bukan kelapa layu atau parang tumpul tapi.. tiada skil belah kelapa hihi..gurau je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!