LAWAN PETANQUE, MAKAN AYAM GEPUK BANG UJANG & MINUM PENANG AIS TINGKAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT


BARU minggu lepas berlatih MAIN PETANQUE, hari ini dah kena bertanding. Setiap pasukan (merah, biru, kuning dan hijau) perlu membentuk tiga kumpulan pemain secara triple sama ada, dua lelaki seorang wanita atau dua wanita dan seorang lelaki. Pada mulanya Sk fikir, markah dikumpulkan mengikut pasukan, rupa-rupanya markah tu untuk kumpulan-kumpulan yang telah dibentuk dalam pasukan tu. Jadinya, kami yang terror-terror ni (ahaks) kena bertanding sehingga ke titisan nafas yang terakhir, hahaha. Jadinya, tempat pertama, kedua dan ketiga jatuh kepada semua kumpulan dari pasukan merah. Hahhhh.. ambillah bumi ni wahai rumah merah, hahahah.


Tak sempat nak kira 1 2 3, member dah snap pic. Sabo aje laaa.



Bolehlah main petanque ni sebab tak perlu nak lari-lari, hihihi. Maklumlah, kita dah remaja purba.



Terlanjur dah ada kat luar, rasa tak mahu makan makanan kantin jadi lepas selesai pertandingan, Sk terus menghala ke Restoran Ayam Gepuk Bang Ujang yang terletak di Kampung Melayu, tak jauh pun dari office.



Pesanan makanan dan minuman dibuat di kaunter dan terus bayar. Minuman ambil sendiri di kaunter manakala makanan dihantar ke meja oleh staf.



PI tak minat makan lauk kering-kering macam ni. Kalau ayam penyet atau nasi ayam, ada sup, bolehlah juga buat basah-basahkan nasi. Geng makan-makan office dah tak aktif sejak AJK tertingginya berhenti dan balik kampung di Segamat, huhu.



Set Sk ambil ni RM17 termasuk minuman pilihan, sirap ais atau teh o ais.



Sedap tu sedap tapi ayamnya tu keras, agaknya api masa menggoreng terlalu besar. Set Sk ambil ni ada pedal, tu langsung laaa.. keras melantun, hahaha. Sambal dia okey la, boleh refill dan dia tak lokek ya masa tambah sambal tu. Nasi banyak, memang tak adalah nak menambah.



Balik dari makan ayam gepuk, ehhhh.. menonong pulak ke Penang Ais Tingkap yang membuka cawangan di B5 Street Market baru-baru ni. Ni gara-gara PI la yang hantar gambar dia tapau ais tingkap ni. Sk pun tak nak kalah laaa.



Selain pelbagai jenis minuman seperti di gerai asal di Chow Rasta, Penang, di sini ada mee goreng jugak tau.



Hurmmm.. okeylah kan. Pagi dah bersukan, bolehlah minum manis, hihi. Padahal, setakat main petanque tu mana datang la nak membakar kalorinya, hahahaha. Lepas ni katanya nak buat acara lari berganti-ganti pulak. Boleh keeee???

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wahhhh SK pandai main petanque. Nampak sedap pulak ais tingkap tu. Sirap ke?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!