PANASKAN LAUK, GORENG KEPAK AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


DALAM usaha nak membuang hampir seribu lebih gambar di galeri. Apa tidaknya, asal nampak kucing tidur ambil gambar. Nampak dia beraksi yang kelakar-kelakar ambil gambar. Tengah masak ambil gambar, lepas masak ambil gambar, nak makan karang ambil gambar lagi. Makan di kedai pun ambil gambar dari pelbagai arah. Mental betul, hahaha. Nak buang gambar-gambar macam tu aje pulak sayang jadi marilah kita masukkan sikit ceritanya untuk kenang-kenangan sendiri. 


Baki Lauk Kari Ayam Bersantan ni ada lagi, Sk panaskan untuk makan malam pada 11 November 2025. Kari ayam tu masak pada 9 November (rujuk old post). Macam biasa, dengan periuk-periuk naik atas meja, malas nak ceduk masuk mangkuk.




Tapi.. tak habis jugak lauk sotong ni, sudahnya Sk bawa bekal pergi office barulah wassalam. Nanti tengok ada tak gambar bawa bekal tu kalau ada Sk tepek kat bawah, kalau tak tepek tu maknanya tak adalah kot ambil gambar bekal tu.


Macam mana sotong nak habis kalau ada ayam goreng pulak. PI balik bawa kepak ayam 6 ketul, Sk potong dua, dapatlah drummets dan wings 12 ketul. Perap garam dan serbuk kunyit, lepas tu goreng. Leka la ratah ayam goreng ni, tu tak pandang dah sotong tu, hehehe 


Ayam goreng dan sotong yang sekadar di pinggiran.

Syukurlah, ada lauk kat rumah, tak payah bersiap nak keluar makan kat kedai. Maklumlah, kita ompompuan banyak benda nak kena sarung sebelum keluar rumah walaupun dah malam, hihihihi.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ya betul... kita pun sama... banyak dah gambar dalam hp ni...

    ReplyDelete
  2. Oklah 1000 lebih je SK. PH punya galeri dekat 10k 😅 apa yang sempat je la hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!