INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUUUNNN...
TELAH berangkat pulang ke negeri abadi, sepupu yang kami kasihi, Adham bin Mohamed Noor pada jam 11.52 malam, 4 Disember 2025 pada usia 45 tahun.
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahhummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu
Ertinya: "Ya Allah ampunilah dia, berilah rahmat dan sejahtera dan maafkanlah dia."
Dalam gambar, Ad ketika masih kecil bersama babanya, Arwah Pak Cu. Arwah Pak Cu merupakan adik bongsu Arwah Abah Sk yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Februari 2014.
Semalam, Sk dan semua adik-beradik Sk berkesempatan menziarahi jenazah Adham dan menemani perjalanan akhirnya di Tanah Perkuburan Senawang, Negeri Sembilan.
Semoga Allah swt menggantikan tempat tinggal Ad dengan yang lebih baik di dunia ini, InsyaAllah. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.



Innalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah ..Al-Fatihah..
ReplyDeleteInnalillahiwainnalillahirajiun
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.
Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.
Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah
Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin, aaminn yra.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiraajiuun.
ReplyDeleteSemoga arwah tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Kita pun baru kehilangan keluarga terdekat, bapa saudara Encik Suami.
Innalillahiwainnalillahirajiun...semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan mereka yg beriman...salam takziah kpd keluarga arwah...
ReplyDelete