Assalamualaikum WBT
SEPERTI yang dibincangkan, sekiranya 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu, kami akan berhari raya di Johor dulu dan bertolak ke KL selepas berhari raya di rumah Makcik Leha, balu Allahyarham pakcik kami. Ingatkan hari raya pertama, lebuhraya kurang kereta. Tidak ya, jammed melekat dari Senai menghala ke Sedenak. Lepas tu barulah macam kereta bergerak sikit, itupun sekejap laju, sekejap perlahan. Gedebak-gedebuk, malam, baru kami sampai ke rumah abang ipar Sk yang terletak di Kemensah.
Sama tema warna teal blue dengan family Kak Roz. Kak Roz pun buat keputusan saat akhir beraya hari pertama di KL dahulu padahal sepatutnya raya belah mentua beliau dulu di Kuantan.
Langkah kanan. Sampai-sampai aje terus dijemput menjamu selera.
Ada ketupat, ada rendang
Nasi himpit dan kuah kacang
Kuih-muih sudah terhidang
Kita jemput sekampung datang
Duit raya di dalam sampul
Adik-beradik sama berkumpul
Ada bunga api, ada mercun
Biar meletup, pom, pom, pom, pom!!!
Lepas makan, yang perempuan sembang kat dalam, yang lelaki sambung sembang kat luar. Disebabkan plan asal tak beraya di Kedah tahun ni dan tak ada plan untuk berkumpul, Sk cuma sempat bawakan tiga empat jenis kuih raya jer la. Rendang pun tak bawa sebab memang buat sikit aje.
Tak cukup korum la. Tapi kelakar jugak kalau ingat-ingat balik plan tergempar ni. Tapi, kami tak tidur Kemensah tapi di Shah Alam. Esoknya, beraya di Damansara pulak dari tengahari sampai malam tapi baru sedar, satu apa gambar pun tak ada rupanya masa raya di Damansara, gambar makanan pun lupa nak ambil. Mungkin dah patut pencen jadik blogger ko ni Sk uiii!!!








Kadang seronok berjumpa dan beraya lupa nak snap gambar kan. Bila belek2 eh takde gambo ke.
ReplyDeleteAlaaa... x ambik gambar jgn la pulak disuruh pencen jd blogger kak... terasa sy tau.. hehehehe
ReplyDeletekalau dah berjumpa sanak saudara tu kekadang terlupa jugak. jangan la suh pencen lagi. hihhihi
ReplyDelete