Assalamualaikum WBT
AGAKNYA sebab minggu ni Sk kuat kerja, ahaks.. rasa macam eh, cepat pulak dah tiba Jumaat. Yang bestnya dari hari isnin tuari, jalan tak berapa nak jammed sangat. Musykil jugak, mereka ni sambung cuti ke apo? Biasa tu, 1 jam suku baru sampai office, ni dalam sejam dah sampai. Hari ni lagi best, sebelum 7.40 dah sampai. Hurmmm... tapi jangan nak gembira sangat Sk oi. Takut minggu depan pulak ni, jammed ke tidaknya, huhuhu.
Baiklah, lagi kisah sebelum puasa, kami pergi makan malam di Restoran Rhim Thaang yang terletak di Taman Suria. Dia macam dekat sempadan antara Taman Suria dengan Kampung Melayu Majidee. Banyak baca dekat thread pengalaman mereka yang makan di sini dan marilah kita cuba. PI pulak dah habis idea nak makan kat mana, hihi.
Kita study menu dia dulu arrr. Macam biasa kami ambil ala carte. Tak perasan ada tak menu set.
Kerabu Mangga dia sedap jugak, dia letak kacang besar-besar ya. Tapi, Sk tak ingat sedap sangat ke tidak, hihi.
Kalau tomyam dia ni memang Sk ingat, sedap betul. Kami ni kalau makan di restoran tomyam memang biasa mintak saiz seorang makan tapi bila dia datang tu, besar pulak saiznya. Nak bayar baru tahu, dia tak buat ikut saiz seorang makan.
Sotong Goreng Tepung dia pun sedap. engok sotong dia tebal-tebal dan salutan tepung dia pun elok melekat. Suka sotong goreng tepung yang rangup macam ni, tak suka yang macam macam jemput-jemput tu. Selalu untuk dapatkan tekstur salutan tepung macam ni, mereka akan celup dalam bancuhan tepung basah (batter) dahulu, kemudian di salut dengan tepung barulah dimasukkan dalam minyak panas.
Ini daging, Sk tak ingat nama masakannya tapi tekak kami tak boleh terima. Lagilah tekak PI yang cerewet tu, jadi, ianya tak dimakan, kami minta bawa balik. Dah bawa balik tu, Sk panaskan buat bekal pergi office, memang tak boleh masuk, rasa pelik sambal dia tu.
Sayur baby kailan goreng.
Kami pesan Ikan Bakar ni sebab ramai kata sedap. Alhamdulillah, sedap, lagi-lagi bila cicah dengan pencicah yang warna oren-oren tu. Sambal ikan bakar dia pun dah sedap. Kesimpulannya, tak mengecewakan la makan dekat sini cuma jangan ambil lauk daging tu lagi kot jika datang lagi, hihihi.
Penuh meja la kalau makan di kedai sebab PI kan memang suka lauk banyak. Best makan dekat sini sebab restorannya terletak di tempat yang berbukit sikit. Dapat tengok suasana sibuk Jalan Tebrau dekat depan tu. Angin pun kuat macam kat tepi laut, hehehehe. Total MYR lupa pulak, tak ingat dapat resit ke tak, campak mana resitnya, tapi boleh tahan mahal la.. hahaha.
curious plak SA apa rasa lauk daging tu..nampak macam daging masak merah
ReplyDeleteNi bila dah tak tahu nak makan mana mesti dah habis jelajah kawasan tempat makan di JB ni.
ReplyDeleteMenarik nampak tomyam dengan sotong goreng tepung.
ReplyDeleteSomtam mangga ke kerabu mangga tu menggoda betul, sejak dah tak boleh makan mangga ni terliur betul nengok kerabu mangga gini
ReplyDelete