MENGINAP 1 MALAM DI HOTEL TAMARA & MAKAN DI MS WANTAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



SELEPAS menghadiri Majlis Perkahwinan Tina dan Asri di Flora Crystal Event Hall, Senawang, kami menuju ke Melaka. Aaa.. memang tak lengkap la kan kalau tak balik kampung angkat PI ni. Bukan saja-saja tau nak bagi taraf kampung angkat tu. Seingat Sk, setiap tahun tak pernah gagal kami pasti akan bercuti ke Melaka. Kadang dalam setahun tu, dua tiga kali 'balik' Melaka, hahaha. Sk jugak masih ingat hotel pertama yang kami inap masa tu, Hotel Seri Costa yang terletak di bangunan kedai. Iman baru dalam setahun kot, masih naik stroller. Sekarang Iman dah 25 tahun, aaa.. barulah layak jadi kampung angkat, hehehe.


Kali ni kami memilih untuk menginap di Hotel Tamara. Pakej penginapan paling murah dan selesa ni hanya RM144 termasuk sarapan untuk dua orang. Ni kalau booking lambat memang selalunya penuh.


Ambil dua bilik connecting, dapat bilik aras 10. Setiap bilik lengkap dengan seterika wap dan papan penggosok serta kemudahan lain yang sama di kebanyakan hotel 5 bintang.


Cuma tilam dan bantal dia jer la tak macam hotel 5 bintang. Tapi, comforter dia selesa la nak nak pulak air-cond dia sejuk giler. Dah off pun masih rasa dingin lagi.


Petang tu, kami keluar makan sebab malam ada bola. Jadi, pergi makan siap-siap dan kononnya nak tapau siap-siap untuk dinner. Madi hantar gambar di whatsapp group, air naik paras buku lali di kawasan kolej. Rupa-rupanya Johor hujan lebat ya, kami di Melaka panas berdenting!


Sampai depan restoran yang dituju, MS Wantan.


Staf beri menu dan kertas pesanan. Catat sendiri kod nombor makanan dan minuman dalam order chit.


PI makan Mi Wantan.


Kena berpencak dulu ke ni??

Sedap la Mi Wantan tu, tak mengecewakan. Portion besar dan mengenyangkan.


Sk makan Mi Kari. Kuah karinya ceroi tak letak santan macam kebanyakan mi kari. Tekstur kuah macam mi maggi.


Iman makan Laksa. Ada ikan sardin seekor tepi mangkuk.


Dia kan tak makan sardin macam ni. Sk ler tukang makannya.


Pesan wantan goreng. Satu set ni ada lima ketul.


Hiasan dalam restoran. Besar ya restoran ni, pilihan menu banyak jugak. Ada juga menu ala kopitiam seperti roti bakar dan kopi.


Baju Belang for life.


Kami tiga beranak jer laaa. Anak-anak lain semua dah berkeluarga.Tinggallah si anak bongsu. Iman masih intern lagi, kawan-kawan pun semua tengah intern, dapatlah PI kepit bawah ketiak bawa jalan ke sana ke mari, hihihi.


Lepas makan, plan nak tapau makan malam tu memang tak jadi ler. Sk cadang malam order grab aje. Tu la tu order KFC jer la yang senang. Pesanan grab kena ambil di lobi, la. Kebanyakan hotel tidak membenarkan runner naik ke aras atas menghantar makanan, lagipun nak naik lif kena flash kad access bilik, kalau tak lif tak MO gerak, hehehe.


Esoknya tu, kami turun sarapan agak awal jugak. Dekat sini, side dish untuk American Breakfast tak banyak pilihan. Sk teringat mi goreng dia sedap masa menginap sebelum ni. Mi ala ala Mi Bodoh yang menjadi trademark negeri Melaka. Mi ni makan dengan sambal tumis nasi lemak baru ngam.


Iman punya.


Pinggan PI memang cam ni ler, Sk syak dia ni dulu tangan tak bedung lar, hahaha.


Masa pertama kali datang dulu, hotel ni kan masih baru dan belum ada live station untuk breakfast. Kali ni dah ada tau, Sk sajalah pergi tengok, nak ambil mi sup, nampak bahagian roti canai dah kosong dan mereka pun dah tak masak. Masa Sk jenguk tu, staf terus cakap dah habis. Sk okey la sebab Sk jarang kan nak makan roti canai kat hotel. Sambil ceduk-ceduk condiments mi sup tu, tengok jam, baru pukul 9. Tiba-tiba rasa darah Tun Teja naik. Lepas siapkan mi, Sk pergi semula kat kaunter roti canai tu dan tunjuk jam baru pukul 9, kenapa tak top up roti canai? Sk pulak tertinggi suara. Barulah bergegas eh, dia panggil kawan dia suruh buat. Roti canai dia tebar sendiri, bukan roti canai segera. Lepas dapat roti, Sk minta maaf sebab terkasar bahasa, dorang pun cakap tak apa. Roti canai sedap, kalah kedai Thoufeeq, hihi.


Selalu dengar orang Melaka garang, orang Johor pun garang jugak tau, hahahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap tgk mi wan tan tu..kuah mi kari ceroi xbrp best

    ReplyDelete
  2. portion mi wantan tu mcm boleh share berdua

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!