MAKAN-MAKAN HARI JADI BY ANGAH & CIK ANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SEHARI sebelum Hari Jadi Sk, Sk beritahu nak buat Pulut Kuning dan Rendang Ayam, hantar ke rumah Angah dan Cik Ani. Tapi, Angah kata, tak payah hantar, nanti dia datang makan kat rumah Sk aje. Angah cakap, dia bawa Mihun Goreng sekali. Cik Ani pulak kata, dia nak bawa karipap.
Alhamdulillah.



Angah sampai dulu, Cik Ani tiba-tiba sangkut dalam jammed malam tu, perjalanan dua jam disebabkan jem tak sangka, ikutkan dah boleh sampai Melaka. Sk pakai jubah yang sama masa pergi Makan di Cookies & Ginger malam semalamnya, hehe. Pakai sekejap aje pun pergi makan, kan.. jadi kita jimatkan sabun dan tenaga elektrik, hihi. Tapi, ingatlah pesan Iman agar jangan pakai jubah tu dengan tudung sarung. Sk pakai dengan tudung (shawl) yang memang satu set dengan jubah tu. Masa letak shawl atas kepala, dapat ilham pakai lilit ala ala Arab, hehehehe.


Menunggu ketibaan Cik Ani. Abang Jamal dengan PI tengok siaran langsung bola, terlindung belakang sofa Iman dan Izzat duduk tu. Malam tu JDT vs Buriram yang menyaksikan kekalahan tipis JDT. Tanya dorang, nak makan dulu tak, semua kata tunggu Cik Ani.


Rupa-rupanya dorang dah plan nak buat surprise. Menjadi jugaklah sebab Sk tak sangka langsung ada kek dan bakar-bakar lilin cam ni. Agaknya sebab lama sangat tunggu Cik Ani sampai, sampai dah tak terfikir pasal kek semua. Pulak tu, Sk ada pesan dengan Iman, jangan suruh babah belikan kek.


Angah kata, lilin nombor 5 jer ada, lilin nombor 1 tak ada, jadi nombor 1 tu dia ganti dengan sebatang lilin, nampaklah angka 51 atas kek, kira aci la gitu, hehehe.


51 tahun sudah. Dulu kecik-kecik kalau kena marah ke, merajuk ke.. apa-apalah yang sedih, selalu doa, Ya Allah, ambiklah nyawaku! Sekali sampai umur 51, Allah masih pinjamkan nyawa.


Mekaceh, Angah


Tengkiu, Cik Ani


Mekaceh, Izzat


Tengkiu, Ilham


Mekaceh, Iman


Tengkiu, Jaika


May's babies


Vester the Rain pun nak join posing



Terima kasih, Angah.. penat-penat kerja tapi tetap susah-payah gorengkan mihun. Letak banyak udang pulak tuuuuh!





Iman balik lambat, pelik jugak, rupanya dia singgah Ahmad Fried Chicken belikan ayam goreng. Terkejut jugak, murahnya hati siap belanja ayam goreng rupa-rupanya lepas tu baru dia cakap, ibu (Angah) yang bagi duit suruh beli KFC.




Tapi, Iman cakap, bonda kata nak makan ayam goreng Ahmad, tu la tu dia beli Ahmad. Resoran Ahmad Fried Chicken ni baru buka di Taman Pulai Mutiara 2, seberang jalan aje dengan rumah Sk. Iman kata, kantoi pulak tertinggal resit kat dalam plastik, hehe.



Cik Ani bawa Cream Puff dan Karipap. Gambar solo karipap lupa nak ambil. Dua-dua sedap, karipap sedap, penuh inti. Cream puff pun sedap dengan inti fresh cream.


Dekat sini ada gambar karipap ramai-ramai, hahaha.


Pulut Kuning by birthday girl.


Rendang Peha Ayam.



Pulut Kuning dan Rendang Peha Ayam sebelah kanan. Eh, mana tahu tu peha ayam sebelah kanan, Sk uiiii????








Terima kasih, Angah dan Cik Ani atas ingatan. Terima kasih jugak, Abang Jam, Che Rosli, Izzat, Ilham, Iman dan PI serta Jaika. Terima kasih juga Cikwa dan Indah serta Along yang tak dapat hadir serta rakan blogger dan pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar atas ucapan hari jadi dan doa yang dititipkan. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, rezeki yang mewah, wang yang banyak lagi halal, ilmu yang bermanafaat, iman yang benar, sejahtera di dunia dan di akhirat jua, Amiiinnnnn Ya Robbal Alamiiinnnn.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Meriah sambutan hari lahir SK dengan ahli keluarga 😃 Seronok rasa bila diraikan oleh orang2 tersayang 🥰

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!