Assalamualaikum WBT
SEKARANG ni, Sk lebih kerap memasak bila hari kerja. Bila hujung minggu, masak untuk sarapan aje kalau malas nak keluar sarapan ke kedai mamak. Dia punya malas tu kadang menjangkit ya sampai waktu makan tengahari dan makan malam. Kenapa rajin pulak masak hari kerja, tak penat ke kerja? Haaa.. sebab malas nak keluar balik. Bayangkan balik kerja tu dah mengadap jammed sejam, memang tak sangguplah nak mengadap jammed lagi. Jammed sekarang dah tak mengira pagi ke, malam ke, ya. Kadang pukul 10 malam pun masih jammed lagi, entah mana-mana datang umat sampai kawasan Pulai telah diiktiraf sebagai Pulai Darul Jammed, hehehe.
Macam biasa, nak buang gambar-gambar makanan yang tersimpan dalam galeri, Sk masukkan gambar masak-masak dulu. Gambar makan kedai kita kongsi kemudian.
Sukun Goreng. Tarikh goreng, 21 April 2026.
Angah bagi sukun ni, Angah kata, tak payah goreng celup tepung macam goreng pisang tu pun tak apa, gaul garam dengan kunyit aje. SK ni memang tak pernah la goreng sukun ni, dulu tau makan aje. Yang selalu kena tolong kupas dan potong sukun ni Along dan Angah. Sk memang diharamkan pegang pisau, agaknya tangan tu halus sangat, hahaha. Sukun ni Sk gaul dengan tepung goreng bestari jer, sedap, betul sedap bagi peminat sukun la. Dua rakyat lagi tu tak makan sukun.
Asam Pedas Ayam. Tarikh memasak 28 April 2026. Sekarang ni senang jer nak masak asam pedas sebab guna cili kisar ready made beli di TT Abizam Cili Kisar. (Lupa ejaan sebenar). Nak masak tu tinggal masuk bawang aje la, tu pun Sk guna chopper jer. Kalau nak bawangnya halus, kena tambah air sikit dalam chopper. Masa menumis tu, letak serai diketuk, halia dan lengkuas juga diketuk. Selain tu Sk masukkan jugak daun limau purut dan lada hitam ditumbuk kasar.
Ayam goreng wajiblah jika ada asam pedas atau kari. Ayam lumur dengan garam dan kunyit jer, biar dalam setengah jam lepas tu goreng. Dulu-dulu, dah nak makan baru goreng, sekarang goreng awal pun tak pe dah.
Ada left over Sotong Goreng Kunyit, ni Sk panaskan dalam pengukus yang diletak atas periuk nasi.
Masak Sambal Cengeng 29 April 2026 untuk Potluck office pada 30 April 2026. Nanti Sk blog lain entri Potluck tu. Sambal Cengeng ni Sambal Kacang sebenarnya. Panggil Sambal Cengeng sebab kalau makan mesti sampai berhingus kerana kepedasan, hehehe. Sengaja tambah cili kering pedas dalam sambal, cili kisar Abizam tu jenis cili tak pedas. Dalam sambal ni ada tetel ya. Sk letak jugak serai, halia dan lengkuas yang diketuk, tak berani nak letak yang kisar risau nanti jadi rasa rendang pulak.
Ayam Balado (10 Mei 2026). Bahan baladonya cili hijau dan merah yang dapat masa Makan Kenduri Kahwin anak Kak Azlina Hashim padahal plannya cili tu nak buat sambal hiris makan dengan ubi rebus. SK buat banyak, tak muat masuk chopper, jadi kisar guna blender, jadi haluslah pulak cilinya tu.
Tiga kali makan baru habis Ayam Balado. Yang last tu Sk bawa bekal.
Sambal Udang (14 Mei 2026).
Masak Sambal Udang ni sebab PI minta masak nasi lemak. Terus terbayang nasi lemak dengan sambal udang. Kadang beli nasi lemak berlauk tu teringin nak letak sambal udang tapi takut mahal, hahahaha.
Ada belen daun pisang yang masak Pulut Kuning Rendang Ayam tu. Sekarang ni tahu dah, kalau nak guna daun pisang, cari aje dekat Econsave. Dia dah pek segulung-segulung, kalau nak banyak, ambillah dua tiga gulung. Hari tu Sk beli dua gulung, baru dalam RM2+. Rupanya segulung pun dah cukup daun pisang tu.
Memang lain matcham sedap nasi lemak kalau makan dengan sambal udang ek. Telur lenggang by PI, dia melenggang kuali sambil melenggang perut, tuan!
Baru jer kejadian dua hari lepas (18 Mei 2026). PI minta masakkan Sambal Daging. Cari-cari daging dalam freezer, jumpa baki ikan patin beberapa potong. Nak clear esbox, Sk keluarkan ikan patin dan tempoyak serta pes pais tempoyak. Ikannya Sk rebus atas tungku dapur, baru nak mendidih Sk perasan api ilek. Rupanya gas habis. Terus pindah masuk periuk karen. Ikan tu kena cungkil sebab Sk musykil dah masak ke belum, heheh.
Yang nak masak Sambal Daging tadi pun tak jadi jugaklah sebab gas habis, Sk agak kedai gas pun dah tutup. Pulak tu, tak jumpa daging, tapi jumpa tetel, jadi Sk tukar jadi Asam Pedas Tetel, ni masak dalam pressure cooker. Nasib baik la waktu-waktu macam ni ada periuk karen, kan. Kalau tak, terpaksa keluar makan kat kedai agaknya, hehehehe.
Kalo berjiran dengan orang rajin masak ni...hulur pinggan jer settle...
ReplyDelete