SELAMAT BERTUNANG, SULHI & NADIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 



ALHAMDULILLAH,  telah berlangsung majlis pertunangan anak saudara PI, Sulhi dengan gadis dari Temerloh, Nadia pada 13 September lepas. Perkenalan terjalin ketika mereka berdua menyambung pengajian program diploma di UIA kampus Kuantan. Sulhi kemudian menyambung pengajian di Ireland dan membuat keputusan mengikat tali pertunangan selepas menamatkan pengajiannya di sana. Setia orangnya Sulhi ni, kan.


Rombongan pihak lelaki ada yang datang dari Kedah, Penang, Terengganu, Pahang (Kuantan), Selangor,  Kuala Lumpur dan tentunya kami dari Johor. Semua pakat-pakat nak hantar Sulhi bertunang, hihi. 


Bakal-bakal mak mentua dengan bakal menantu. Keluarga besan baik sangat, baru sekali jumpa macam dah bertahun kenal. Dari mak, ayah dan makcik-pakciknya semua peramah dan sangat meraikan tetamu.


Ni gambar sebelum bergerak ke rumah keluarga pihak perempuan. PI dan anak saudaranya, Zahin yang kini bekerja di Paka  Terengganu selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas.


PI belanja baju dan tudung baharu untuk Sk menghadiri majlis mengikut warna tema lilac, hihi. Baju Tik Tok jer dan ambil yang paling simple, tak mahu over shadow mak perantin, hehe.


Rombongan dari KL tersangkut dalam kesesakan lebuhraya. Kami pergi minum dulu lah.


Lupa nama kedai ni. Semua kehausan minum air sejuk manis-manis, hihihi. 


Lauk kenduri merupakan kari daging, labu masak lemak, ikan bulu ayam kering, ayam masak merah, ulam salad dan timun serta sambal belacan. Makan buah tembikai la dulu sebelum makan. Sedap betul masakan orang Temerloh ni sampai ada yang menambah, hihi.


Siap ada meja dessertsss.


Kek marble susu ni rasa macam kek mita.


Kesian tau, family abang PI dari Rawang tak sempat sampai ke majlis. Jammed dari Rawang, tak silap dalam pukul 12 lebih dorang baru sampai Gombak. Keluar pukul 8 pagi tu. Tu takpa, kereta rosak pulak. Dah habis majlis tu barulah dorang sampai Temerloh. Jadi, kita sambung pulak la menyembang di kedai tomyam, hehehe.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat bertunang Sulhi dan Nadia...berapa lama ni ikatnya SK? Seronok ikut rombongan meminang ni...leh akan sedap2

    ReplyDelete
  2. Lawa baju kak seri.. nak cari jugalah. simple aje.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar. Tak lama lagi tahu-tahu dah dekat je majlis kenduri nikah kahwin pulak. Bertona ungu semuanya ye mengikut tema. Ayu betul Mak Inche' dengan berbaju kebaya lilac bersulam ni. Sulam ke kerawang entah. Simple tapi menarik designnya. Nice, padan sangat.
    Sedap orang Temerloh masak ye, ada yang bertambah makan. Baguslah begitu dapat keluarga besan yang baik-baik peramah orangnya. Tahniah Sulhi dan Nadia, semoga Allah permudahkan urusan seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkenan dengan kain rentang tu. Trend sekarang juga kan, back to classic.

      Delete
  4. sweetlah warna lilac. Macam warna ungu. Dulu2 time anak2 buah baru kahwin seronok pi hanto pengantin. Rombongan kita orang takde tema tapi seronok meraikan majlis orang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!