SAMBAL NYET BERAPI DARI KHAIRULAMING

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

GIGIH Iman pasang alarm demi mendapatkan batch kedua, Sambal Nyet Berapi Khairulaming, instagrammer masakan terkenal di Malaysia, abad ini. Sambal Nyet singkatan nama dari Sambal Penyet, justeru tentulah rasa sambal ini bukan macam rasa sambal belacan atau sambal tumis jauh sekali rasa sambal gesek, tetapi sambal penyet yang selalunya dihidangkan bersama nasi ayam penyet tapi menurut Iman, Sambal Penyet dah ada orang keluarkan, tu yang bila Khairulaming jual sambal, namanya tinggal nyet aje. Maaflah kalau info ini salah, hahaha.

Cerita pasal kejayaan Khairulaming menjual 10,000 botol sambal ini dalam masa 54 minit di aplikasi Shopee benar-benar membuatkan ramai tersentak. 10,000 botol itu merupakan batch pertama produk keluaran beliau. Kecewa betul Iman bila gagal membeli sambal Khairulaming, haha. Jadi, bila Khairulaming merwar-warkan batch kedua akan dibuka jualannya pada 18 Januari jam 10 pagi, Iman terus cuba membuat pembelian dan dalam masa kurang seminit, semua 800 botol sambal telah terjual, fuhhhhhh! 

Tapi, walaupun begitu.. sambal hanya sampai pada Khamis lepas yang mana kami memang menggunakan alamat pejabat Sk untuk sebarang pembelian barangan online. Jadi, disebabkan Sk cuma akan masuk pejabat pada hari isnin dan selasa minggu ini, bersabar sajalah tunggu Isnin, haha.. malas nak tempuh roadblock semata-mata nak ambil sambal, huhu.


Tu dia.. Sambal Nyet Berapi, katanya. Berapi ke berapi? Haruslah berapi kan sebab sambal ini dibuat menggunakan cili api merah menyala tu tapi bagi Sk yang sukakan masakan pedas, sambal ini memang pedas tetapi pedas diakan, Sk masih boleh tawarkan dengan suapan nasi. Tak perlu nak minum bergelen air untuk hilangkan pedas. Subjektif la pedas ni, ikut lidah orang jugak. Tapi, kalau nak kata sedap, memang sedap di tekak Sk dan tidak mengecewakan.


Nak menikmati Sambal Nyet, tak perlu lauk beriya-iya, cukup ada telur dadar atau telur mata, nasi semalam pun tak apa, hahaha. Tapi, bayangkan setiap suapan nasi panas dengan sambal berapi, mahu berasap telinga. Nak tahu sedap tak sedap, air mata, air hidung, semua keluar, hahahaha. Kalau ikutkan mahu jer sekali hadap, tapi sebab susah nak beli, jadi kita makan jimat-jimatlah. Dahlah setiap orang cuma boleh beli dua botol aje, huwa huwa huwa.  Jangan terpedaya ya kalau ada orang yang mendakwa jual Sambal Nyet ni kerana ianya hanya dijual di Shopee.

Nahhhh.. Sk bagi link... huhuhu


Satu botol RM13.90 berbaloi3


Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wak tgk gambar sambal nyet cantik menawan pon boleh ngencess (kuar air liur)., ;p

    ReplyDelete
  2. Kita haritu beli dua, dah amik gambar bagai, sekali entah apa biol, select gambar dan delete, dengan rajin sekali recycle bin pun delete sama, bonghokk betul.. ni nak beli tak lepas-lepas...aishhhh sold out manjang..

    ReplyDelete
  3. alaaaa kita pun terlepas gak nak beli..
    ni pedas berapi yang amat ke or pedas ala kadar je?
    *ha apa punya soklan daaa.... haahhaa

    ReplyDelete
  4. selalu tenguk orang up je..tak pernah lagi cuba

    ReplyDelete
  5. apa jenis smbal pn klo mkn dengan nasi & petai terus bertmbh seleranya kan..

    ReplyDelete
  6. mesti cuba ni... tp dia xde ambik agen kn? sbb takut tgu lama sgt nk menyeberang ke laut cina selatan ni

    ReplyDelete
  7. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!