MAKAN PIZZA WAGYU DI KOPI SAIGON

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


SUNYI jer kolej minggu ni, pelajar cuti semester selama seminggu. Minggu depan pasti riuh kembali. Walaupun pelajar bercuti, kami banyak kerja, cuma tu la, tak tahu mana satu nak buat. Sekejap dapat arahan begitu, sekejap dapat arahan begini. Hurmmm.. macam manalah nak hidup tenang kalau macam ni, hahahaha.



Baru tak baru, lama tak lama, mungkin dua tiga bulan dah Kopi Saigon cawangan Pulai Mutiara ni dibuka. Walaupun nama taman lain, tapi tiap-tiap hari lalu depan Kopi Saigon yang terletak di seberang jalan. Malah, boleh nampak dari depan rumah Sk jika toleh ke kanan.



SK dan Iman ke sini pada 26 Ogos lepas. Tak ingat PI pergi mana masa ni. Tujuan ke sini sebab nak makan pizza.



Pizza Qilloz

Tak tahulah memang semua cawangan Kopi Saigon dah ada pizza ke sekarang? Selain pizza ada juga main course lain di Kopi Saigon ni.


Menu pizza untuk dipilih. Kami dah lama teringin nak makan Pizza Wagyu dan memang itu pun tujuannya ke Kopi Saigon ni sebab dekat dengan rumah. Banyak jer kedai pizza Wagyu di JB ni tapi semua jauh pulak. Terdapat dua pilihan Wagyu Pizza iaitu Saucybbq dan creamy. Kena buat pesanan terus di kaunter, bayar dan tunggu pesanan siap. Pendek kata, layan diri.



Memandangkan dah malam, Sk pilih minuman chocolate. Iman Sk ta, ambil Taro. Tak tertelan la Sk perisa taro ni, rasa macam ubat di tekak Sk ni. Air coklat Sk tu pun sedut sikit aje. Esoknya masuk dalam tumbler, tambah ais dan bawa ke office.



Dalam 15 minit menunggu, pizza pun siap. Kami pilih Creamy Wagyu. Banyak jugaklah dagingnya dan yang tompok-tompok tu Ialah blueberry jem. Bagi Sk, sedap, dari crust hingga ke topping, nak nak bila kita suap sekali arung dengan daging dan jem tu. Bahagian tepi yang tak ada topping tu kita cicah sos cili.



Makan sorang empat keping wooo. PI tak tahu ni kitorang makan pizza wagyu. Iman kata, babah tu pandai makan pepperoni jer, haha.


Cuma tu la, pizza ni kalau panas-panas, topping dia tak melekat pada crust dan melorot ke bawah bila diangkat. Sedaplah wagyu pizza ni, mungkin kena tunggu gaji bulan depan pulak kalau rasa nak makan lagi, hihihi.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Senang kalau ada satu tempat je. Sambil kopi², ada la makan² juga

    ReplyDelete
  2. sedapnya pizza wagyu...rare ada blueberry jem...kopi saigon tk pernh try lg

    ReplyDelete
  3. Begitulah kehidupan. Kerja takkan pernah habis.huhuhu...
    bestnya makan pizza macam ni. Tak jemu makan. Walaupun tak melekat topping dia, tapi tetaplah sedap dimakan panas-panas tu kan.

    Air taro, kalau sedap tu best minum. Kalau semua cawangan ada pizza macam ni nak juga try. Tapi rasanya macam tak semua cawangan ada kot. Bagus jugalah dorang buat macam-macam menu. Taklah beli kopi semata-mata.

    ReplyDelete
  4. Nampak makan pizza pula....terus ada idea nak buat pizza wrap untuk bekal Dania nanti.

    ReplyDelete
  5. Hari tu pergi kopi saigon pekan nanas takde pun pizza ni. ada slice cake, piie dan lain lain sovoury yang takat seketul memang tak kenyang

    ReplyDelete
  6. Okey lepas ni pi Kopi Saigon amik pizza wagyu dia plak...nampak sedap betul tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!