MAMAK-MAMAK ECO BOTANIC

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


MERIAH sungguh Taman Eko Botani 2, Iskandar Puteri sekarang ya. Sekelip mata rasanya pelbagai jenis perniagaan restoran dibuka di sana, sama ada restoran makanan cina, Indonesia atau barat. Terkini, tiga perniagaan nasi kandar atau kedai mamak dibuka bermula dengan Osman Heritage, Q Bistro dan terkini Hijrah Nasi Kandar.




Q Bistro Eco Botanic ni merupakan cawangannya yang ke tiga di Johor (baca: Johor Bahru). Masa kami datang ni, ia baru dibuka dua hari dan sempena tu ada diskaun 20%. PI makan rojak mamak. Sedap!



SK makan Mee Goreng Mamak. Sedap gak tapi sikit, tak penuh perut Sk ni ui.



Iman terus ke kaunter Nasi Kandar pilih lauk Ayam Q dan sayur Kubis, kuah campur melimpah ruah. Ayam Q tu sedap!



SK dan PI tak kenyang, kami tambah pesan tosei sekeping, makan berdua. Bolehlah, tosei kat mana-mana pun sama jer sedapnya kecuali jika ia tak sedap.



Repeat lagi Q Bistro, 20 Sept, PI nak makan Rojak Mamak lagi. Dah tersampuk ke apa, tak tahu la.



Q Bistro ni tempat favourite anak-anak menakan PI mengeteh di PJ atau KL.



Teringin pulak Teh Tarik. PI tak sabar nak makan rojak dia.



Selain tu, PI nak makan tosei jugak. Berkerut dahi tu sebab Iman makan rojak dia, takut Iman habiskan, hahahha.



SK makan French Toast jer. Tu la tu minum Teh Tarik. Makan French Toast dengan Ais Kosong rasa hambar, hehehe.



Iman makan Mihun Tomyam. Iman cakap, tomyam dia rasa macam kat Carabao. Serious laaa.. Sk pun Cuba try test, memang sebijik la rasa dia, tapi bihun dia tak celur sampai betul-betul lembut pulak. Dalam tomyam ada sotong dan isi ikan, tak ingat pulak ada udang ke tak.



Cerita dua malam lepas, kami ke Nasi Kandar Hijrah pulak. Iman tak ikut, dia balik lambat kena kerja overtime, jadi tapau jer untuk Iman. Kami berdua makan terus kat sana.


PI ambil ayam goreng bahagian peha dan sayur kubis, kuah campur. Ayam dia potong suku ya.


SK ambil ayam kepak/ dada, sayur peria, telur sotong dan bawang goreng. Kuah campur tapi kuah hitam tu letak sikit aje. Bagi Sk sedap, Iman yang makan kat rumah pun kata sedap terutama ayam goreng dia, tapi PI kurang suka rasa santan yang agak kuat pada kuah kari dia. Selain nasi kandar, Hijrah ni juga ada makanan mamak lain, dessert pun ada ya.



Telus dia masukkan harga lauk satu-persatu.



Petang tadi, layan mamak di Osman Heritage pulak. Menu Osman Heritage ni campuran mamak dengan kopitiam la.



SK makan Roti Bakar Kaya jer. Hari-hari biasa dah cut sugar, weekend ni kita mengelat minum Teh Tarik. Lupa nak ambil gambar Roti Pisang Iman yang sedap.



PI pesan tosei. Amaaa.. cantik bergulung tosei dia. Teksturnya garing tapi lembut. Minta kuah kari kambing, laju-laju dia hantar. Chutney kelapa dua jenis, putih dan merah. Kira boleh repeat jugak la Mamak Osman ni. Kedai-kedai mamak kat JB ni semua cantik-cantik ya, dinding mozek sampai tepi siling, lampu chandelier, harga pun kayangan laaaa, adeh!

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!