Assalamualaikum WBT
SEPERTI yang Sk cerita sebelum ini, hujung minggu lepas kami dapat dua jemputan walimah, satu di Chaah, Segamat (Sabtu) dan satu lagi di Rengit, Batu Pahat pada hari Ahad. Yang kat Chaah tu, rakan media PI, dah dalam perjalanan tapi kami buat U-turn di Sedenak sebab jammed tak bergerak nak masuk highway. Mohon ampun maaf kepada rakan PI tu, tak ada rezeki kami ke sana.
Alhamdulillah, rezeki di Rengit, ada. Pengantin perempuan merupakan anak sepupu Sk sebelah ibu, Abang Ishak dan isterinya Kak Rugayah. Dari rumah, kami ikut jalan Pontian menuju ke Pekan Nenas, masuk ke jalan Pengkalan Raja dan keluar di Api-Api mengikut arahan dari aplikasi waze.
Sampai di rumah pengantin jam 12.30 tengahari, saing-saing dengan Cik Ani dan Cikwa. Angah dah sampai beberapa minit lebih awal. Cuaca di Johor sejak akhir-akhir ni panas berdenting ya, Sk rasa satu Malaysia pun panas sekarang, kan. Marilah kita cari meja di bawah khemah.
Long weekend dan Cikwa ambil kesempatan balik ke Johor, dapatlah join makan kenduri. Semua ada, tapi Izzat, Ilham, Indah dan Abang Jamal, makan kat dalam rumah sebab masa mereka sampai, tiada meja kosong di dalam khemah. Ialah, biasanya tetamu akan datang tengahari sambil tengok pengantin bersanding. Mujurlah jumpa meja yang baru dikosongkan ni, dapatlah semua makan semeja.
Macam selalu, Sk pilih Nasi Beriani. Tak perasan pulak jika ada nasi putih. Lauknya, ayam goreng, daging dan kambing serta pajeri nenas. Masa nak ambil kambing, Sk serba salah, ada satu ketul kambing yang besar bahagian tulang, Sk nak minta izin pada orang selepas Sk ambil kambing tu, tapi dia tengah berbual dengan kawan sebelah dia, ah, angkat aje laaa. Rezeki, heheh.
Iman beratur ambil goreng pisang, kambing golek dan side dish, salad dan mashed potato. Selain tu ambil cendol jugak, cendol siap datang dengan food truck ya, hihi.
Goodies, selain tisu ada teh uncang pelbagai perisa. Bolehlah bancuh teh panas petang-petang, bila duduk rumah nanti, Alhamdulillah. Tapi, lupa betullah nak bergambar dengan Abang Ishak dan Kak Rugayah. Selalu ingat aje nak bergambar dengan mak bapak pengantin, hihi. Terima kasih atas ingatan abang dan kakak menjemput kami sekeluarga.
Selamat Pengantin baru buat pasangan mempelai. Semoga pernikahan dibina sentiasa dilindungi Allah dan berbahagia selalu. Aamin!!
ReplyDeleteEoww.. Syok dapat duduk makan semeja dengan saudara mara.. Meriahhh gitu! Mesti banyak topik..
Alamak, tak ambil gambar dengan ibu bapa pengantin ye . Busy borak sampai lupa dah.. Hehe..
Menarik goodies tu. Sedapnya lauk kenduri.
ReplyDeleteMeanri pulak goodies cam tu
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat Aziemah & Saifulnizam, semoga kekal bahagia hingga ke jannah! Menarik betul goodies teh uncang tu SK, berguna sangat untuk minum petang. Murah rezeki dapat makan kambing golek dengan cendol panas-panas macam ni
ReplyDeleteyer... mak bapak pengantin lebih penting dari pengantin yang diraikan. hahaha...
ReplyDeleteMmg cuaca panas skarang.. Kenduri bawah khemah lg bahang... Nice goodie tu
ReplyDeleteSweet betul goodies teh uncang tu, boleh sambung rasa kenduri waktu minum petang 😊 Bab terlupa bergambar tu biasalah, bila dah seronok bersembang memang terus lupa.
ReplyDeleteWah...meriah kenduri depa....
ReplyDeleteMenarik gudies tu kan....ramai juga yang pilih gudies macam tu....Saya suka kalau dapat teh leris leach😍
sedap teh perisa ros laici tu...kat rumah ni ulang-ulang mangga, peach & ros laici.
ReplyDelete
ReplyDeleteLain macam jem cuti sekolah baru bermula tu kan. Tak larat nak hadap. Rasa lama perjalanan tu.
Suka tengok welcome board pengantin. Kreatif je hiasannya.
Bestnya siap ada salad dan mashed potato. Menu yang tak pernah jumpa lagi di majlis kenduri kahwin.