kena selongkar

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
PULAK DAH! Sapa selongkar? Bila?


Hehehe....

Ingatkan dalam rancangan Fuhhh je ada selongkar-selongkar handbag ni, rupanya ada juga berlaku di kalangan para blogger dan handbag saya telah diselongkar oleh Erienz82. Ganas tol Erienz ni, nampak je lemah lembut orangnya. Jom tengok apa dia jumpa dalam handbag saya...





Sebenarnya ni beg make-up yang saya jadikan sebagai handbag sebab ia mudah di bawa. Pecuma dengan pemberian barang Avon bernilai RM40.. hehe. Jadi, memang tak berjenama. Beg tangan saya simpan dalam almari, guna kadang-kadang jer kalau pergi pengantin atau jalan-jalan. Kenapa saya guna beg ni je, pasal ada dua, tiga beg yang saya perlu pikul naik tingkat 4 ni, jadi nak senang pakai yang ni je.

jenguk sikit....






yang ni wallet pemberian suami jenama Braun. Dah pakai lebih dua tahun tapi masih okey. Saya jenis yang jarang menukar wallet, lebih-lebih lagi kalau masih elok. Oh, ya.. nak kongsi satu petua dari ibu mertua saya. Beliau kata, kalau beli wallet baru wallet lama jangan buang, simpan.... rezeki tak putus... InsyaAllah.


handphone TVMobile.. bukan beli.. hadiah dari seorang teman. Suka handphone ni sebab boleh guna dua simkad sekali, jadi tak perlu bawa dua handphone.



kamera Nikon 8.0Mp



make-up dan minyak wangi untuk touch-up..


dan...



tangkal.....?????





sebenarnya ni cebisan kain hitam nak buat contoh beli kain hitam yang jenis sama untuk disambung ke lengan baju yang tak cukup. Hari-hari dok bawa ke sana ke mari tapi tak juga pergi beli... ahkak lupa!!!! Setiap kali buka beg baru ingat.. hehe

pas ni nakgi selongkar lak beg
1. mas80
2. kak Ima
3. kak Maz
4. kak Yatie
5. Ct Naemah
6. Kak Zu72
7. Ruhayu
8. Ayu
9. Kerull
10.Kak Zana...


p/s: boleh tak selongkar beg CMG???
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mama malas bawak handbag, leceh! Ma bawak purse kecil yang muat Mykad, lesen memandu, duit dan kad-kad yang penting je.. Selamat pun ye gak, sebab orang tak leh nak ragut! Kalau dia nak ragut purse kecik dalam poket ni, mama karate dia pas tu hukum dia ragut rumput! Hahahaha... sabar je la!

    ReplyDelete
  2. Hahaha... biar dia ragut rumput kawan lembu, kambing ngan kerbau. Binatang2 tu pun tak meragut orang..

    hishhh.. tak sangka, mama bkn saja pndi msk, karate pun terror.. watcha!

    ReplyDelete
  3. amboi bawa tangkal ye...hiss..jgn2 tak bagus tu. haa...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. takde sapa berani rrrrrrrrrrrrapat!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!