MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, April 18, 2010

ketam bercili selingkar kasih

Assalamualaikum... Salam sejahtera di hujung minggu. Macammana, syahdu tak tajuk entri saya hari ni? Hahaha.. sesaja je, memandangkan ini adalah lauk feberet en suami tetapi bukan citarasa sang isteri. Justeru itu kerana selingkar kasih, sang isteri masakkan juga ketam bercili ni untuk en suami yang dikasihi.

Hujung minggu ni kami lebih suka berehat-rehat di rumah. Malas hendak keluar jika tiada urusan, nanti menghabiskan 'boreh' je.. betul tak? Dapur pun saya dah lap habis-habisan dengan cecair serai wangi Afy Haniff, semerbak sungguh baunya sampai semut dan lalat pun tak berani nak singgah. (ini bukan siaran iklan ya). Maknanya mulai esok saya akan cuti memasak lima hari.. biasalah kalau hari kerja tu sama ada ke pasar malam, warung burger atau gerai tomyam feberet kami ~ Ameeruski.

Kalau nak makan kek, saya dah simpan dalam peti ais, maknanya harus tiada yang mengadu kelaparan ataupun tekak bocor nak makan sesuatu yang bukan-bukan yang saya dah tak kuasa nak sediakan malam-malam. hehe.. Sebenarnya semalam saya ada buat kek yang special sikit tau, tapi nantilah saya update ya.. kenalah masuk satu-satu, nanti entri banyak-banyak orang pun tak sempat nak baca kan..

Jadi di sini saya nak kongsikan resepi ketam bercili saya ni. Sebenarnya ada macam-macam style orang masak ketam bercili ni, terlanjur ada tomato dan carrot, lebih baik saya masukkan daripada kering begitu je dalam freezer. Dan sebenarnya cara saya pun pakai campak baling jer, jadi terlanjur dah ambil gambar tadi, lebih baik saya masukkan resepinya di sini..

Bahan-bahan/ Cara-cara:
1 kg ketam
1 sk serbuk kunyit*
1 sk garam*
1. Gaul dan perap ketam bersama bahan bertanda*
2. Goreng sebentar di dalam minyak yang penuh dan panas angkat dan toskan minyak. Ketepikan.

Bahan A:
1/2 senduk minyak untuk menumis
1 senduk cili kering yang dikisar bersama bawang merah dan bawang putih
1 sk sb serbuk belacan maggi
1 sk asam jawa adabi
1/2 batang carrot di hiris kasar
1 biji tomato dibelah 4
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sk garam
1 1/2 sb gula
1/4 cawan santan pekat M&S
sedikit air

1. Tumiskan cili, bawang kisar hingga garing dan naik bau, masukkan garam, kacau lagi.
2. Masukkan serbuk belacan dan asam jawa, kacau rata. Masukkan gula, kacau lagi.
3. Masukkan carrot, bawang besar dan ketam, gaul sekejap, masukkan sedikit air supaya ia tidak terlalu kering.
4. Masukkan santan, kaca rata. Masukkan tomato, gaul sebentar dan bolehlah dihidangkan. Tabur sedikit daun bawang dan sup sebagai hiasan.


ketam yang disiang en suami,faham2 je kalau orang lelaki yang buat kerja...

2 comments:

  1. ketam ni peberet suami mas tau, mas masak lebih kurang mcm yus msk juga,baru minggu lepas masak...

    ReplyDelete
  2. samalah Mas, feberet hubby, Yus kalau mkn pling byk pun sekor, bkn tak suka tapi Yus surrender nak kuarkan isi, takut luka mulut ngan tangan.. hehe

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....