MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi Whatsapp Sahaja : 0127799705 atau telefon/ sms 0127844524. PEMBERITAHUAN : Mulai Disember 2014 semua urusan boleh dibuat melalui satu talian sahaja iaitu 0127844524. Harap maklum.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, January 17, 2011

PIE TEE


ASSALAMUALAIKUM wbt

SALAM pagi Isnin.. perjalanan ke pejabat yang agak panjang pagi ini kerana sebijik (sepatutnya buah) bas tersadai di tepi jalan yang sedang dalam pembinaan. Sudahlah kon pembinaan bersusun sepanjang jalan, ingatkan apalah yang merangkak-rangkak di depan, rupanya laaaaaaa.... apa hendak dikatakan, saya percaya pemandu bas ataupun tuan punya bas ataupun sesiapapun tak mahu mengalami situasi seperti ini yang mana bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi menyusahkan diri sendiri. Siapa yang sengaja hendakkan kenderaan yang dipandunya rosak atau berlaga secara sengaja dengan orang lain, tapi kalau sudah berlaku begitu kenalah terima dugaan yang melanda. Saya selalu berusaha untuk tidak menyalahkan pemandu tersebut kerana saya pasti itu bukan kehendaknya. Marilah kita berdoa semoga dijauhkan dari sebarang kesulitan ketika berada di atas jalanraya.. Amin.

Panjang pula mukadimah saya pagi ini kan... hik.. hik.. hik... Ni nak tunjuklah, setelah sekian lama menyimpan penukul tembaga yang dua biji ini, akhirnya semalam terasmilah sudah dan tercapailah cita-cita untuk membuat pie tee sendiri yang selalunya hanya diintai dari buku menu di CRS. Pernah membeli sekali tetapi saya bukanlah pengunjung setia CRS kerana rasanya lebih sedaplah kalau saya masak nasi ayam sendiri.. hehe.. perasan, kan. Jadi bila sang suami menyuarakan keinginannya untuk menikmati pie tee air tangan sang isteri maka saya pun mengorek-ngorek fail resepi dan yang ini datangnya dari dapur Kak Ilah JY. Saya cuma mempraktikkan resepi kulit pie tee dari dapur Kak Ilah. Perghhhh! Mula-mula tu jangan cakaplah kepayahannya nak menghasilkan kulit pie tee ni, almaklum percubaan pertama dan calung pun masih baru. Bila dah agak lama barulah dapat skillnya tu. Hasil memula tu memang agak kelakar dan tak boleh dapat 1 markah pun... hehehe. Mnakala intinya tentulah sesuka hati dari citarasa saya dan suami. Sebenarnya kami berdua ni selalu berkolaborasi berdua di dapur jadi hasil kolaborasi semalam sedap juga ya, licin... Alhamdulillah.


Bahan Kulit Pie Tee:
Sumber : Dapur Kak Ilah JY
  • 4 sb tepung gandum
  • 3/4 cwn tepung beras
  • 3/4 cwn air
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • sedikit lada sulah
  • sedikit air kapur
  • gula dan bahan perasa
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Ayakkan tepung-tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
  2. Campurkan telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya sehingga kembang dan berbuih.
  3. Peramkan adunan selama 20 minit.
  4. Panaskan minyak dalam kuali yang dalam (saya guna periuk)
  5. Rendam calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung benar-benar panas.
  6. Celupkan calung pie dalam adunan separas 3/4 dan masukkan ke dalam minyak panas seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
  7. Gorengkan sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.
Bahan Inti:
Sumber: Dapur Alam Sari... hehehe
  • 3 sb minyak masak
  • 3 ulas bawang putih dicincang kasar
  • 300 gm isi udang di cincang kasar
  • i biji sengkuang diparut kasar
  • 1 biji lobak merak diparut kasar
  • 1 biji timun diparut kasar
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. goreng sehingga udang masak. Tutupkan api.
  2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun, gaul rata. Ketepikan.
Bahan Sos:
  • 8 tangkai cili hidup
  • 1 1/2 sb gula
  • 1/3 st garam
  • 2 sb sos thai
  • 2 sb sos plum
  • 2 sb cuka
  • 1/2 cwn air
  • sedikit minyak masak
  • 1 st tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam jug pengisar kecuali bancuhan tepung jagung.
  2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk, masak sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul sehingga sos pekat, tutupkan api.
Hidangkan dengan mengisikan inti ke dalam kulit pie dan tuangkan sos ke dalamnya.
Selamat mencuba.

hasil percubaan pertama


5 comments:

  1. cantik pai tie akak, entah bila mas nk buat pai tie ni....

    ReplyDelete
  2. Mas, yang cantik tu yg dah terpilih jer..

    ReplyDelete
  3. Thanz sari coz sudi share resepi nie..penat gak cri..sib baek jmp..hubby terigin mkn coz aritu pi jamuan hari raya ada makanan nie..blik umh terus d suh cri...he3

    ReplyDelete
  4. lp laa nk tnya benda yg nk wat kelonsong tue nak cari kt mna?

    ReplyDelete
  5. Hai, Amna.. maaf ya, baru perasan soalan dari Amna ni. Calung Pie T ni Amna boleh cari kat kedai2 baking atau kedai2 yg jual brg perkakas dapur pun ada kot sbb sy pnah jumpa di kedai jual pekakas dapur ada menjual calung pie t ni, cuba cari ya

    ReplyDelete

komen anda amat dihargai... terima kasih

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?