MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, January 12, 2011

TIGA HARI DUA MALAM DI BUMI MAHSURI (3)

ASSALAMUALAIKUM wbt

AMBOI! Banyaknya episod ya... Okey, yang ni siapa tak mahu tengok sila tutup mata. Saya nak letak di sini buat kenangan. Maklumlah, bukan senang nak pergi ke sana, tiada jalan darat. Naik feri sesak dan berebut, naik pesawat menunggu sampai nak patah pinggang... huk3.

Gambar-gambar ni diambil di Oriental Village, konon-kononnya naklah jugak naik kereta kabel walaupun saya ni takut dengan ketinggian, orang kata gayat. Tapi semua perasaan tu diketepikan demi nak merasa berada di puncak Gunung Mat Chincang tu, orang kata bagaikan di awang-awangan dapat melihat pemandangan keseluruhan Pulau Langkawi. Tapi rupanya nasib tidak menyebelahi kami apabila gagal menaiki kereta kabel walaupun datang dua kali kerana keadaan angin yang kuat sehinggakan pihak yang berkenaan menutup jualan tiket. Aish! Macam tak reti pulak nak bercerita....

Nasib baiklah ada beberapa ekor rusa dan arnab yang menghiburkan hati lebih-lebih lagi sang rusa yang mengejar-ngejar kami meminta makanan. Terkekeh-kekeh kami ketawa kegelian bila lidah si rusa menyapu kasar makanan yang diletak di tapak tangan. Mehlah, layan gambar jer..



















1 comment:

  1. rin dah naik....sangt gayat...dah x nak naik lagi...takut...huhuhu...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...